Kita Bercinta Dulu Okey? Nanti Nikah. Persoalannya, Bolehkah?

 

Nak bercinta? Boleh. Tapi bercinta yang bagaimana? Lihat dulu situasi dan keadaan dalam melakukan hal tersebut. Sebelum berkahwin, kita dibenarkan untuk bertunang. Tujuan bertunang bagi mengenali pasangan lebih akrab. Tetapi perlulah dilandasan yang betul.

Mahu berjumpa? Boleh. Tapi bawalah mahram sekali. Bawa ditempat yang terbuka. Bukan ditempat yang tertutup. Berbincang hal-hal yang penting saja tanpa bergurau atau bermesra secara berlebihan. Tetapi, sekiranya jika dapat mengelakkan diri daripada berjumpa sebelum bernikah adalah lebih baik. Kerana risau juga jika terjebak ke arah yang tidak sepatutnya. Orang kata, “sediakan payung sebelum hujan.”

Dah kena, baru nak menyesal. Tak guna sudah pada ketika itu. Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita. Maruah perlu dipelihara. Menyerahkan diri sebelum menjadi yang halal adalah tidak patut. Ini membuktikan seseorang itu tidak yakin dengan ketentuan Allah.



Soal jodoh adalah ketentuan daripada Allah. Jika wanita menyerah diri kepada seorang lelaki pada waktu yang tidak sepatutnya sekalipun, jika bukan jodoh, kita tidak boleh berbuat apa. Minta lelaki tersebut bertanggungjawab atas maruah wanita itu? Jika ada rasa bersalah, mungkin dia akan lakukan. Jika tidak? Meranalah seorang wanita.

Berfikir sebelum bertindak adalah perlu. Kita tidak tahu kemungkinan yang bakal berlaku kelak. Jadi, langkah berjaga-jaga amatlah ditekankan. Syaitan kerjanya menghasut manusia. Jika sudah berdua, dimintanya berpegang tangan. Sudah berpegang tangan, diminta pegang yang lain pula. Huh. Licit betul bermainan mereka. Akhirnya, maruah tergadai.

Dalam Islam, jelas lelaki dan wanita tidak dibenarkan untuk berdua-duaan. Meskipun tujuan tersebut untuk berkahwin sekalipun. Banyak mudarat yang akan didapati apabila lelaki dan wanita bersama tanpa membawa mahram.


Allah menjanjikan kepada manusia untuk memberikan ketenangan, cinta dan kasih sayang kepada manusia setelah kedua-duanya mengikat pertalian perkahwinan. Ketiga-tiga hanya boleh didapatkan setelah berkahwin sahaja. Jika sebelumnya kita merasa ketiga-tiga itu, itu sebenarnya adalah permainan syaitan yang memberi tipu daya kepada manusia.

Yang menyeru kita berkahwin adalah Allah. Yang menganjurkan kita berkahwin adalah Rasulullah s.a.w. Sudah tentunya Allah dan Rasul lebih tahu hal cinta. Sang pemberi cinta menyatakan bahawa ketenangan, cinta dan kasih sayang hanya boleh didapatkan setelah berkahwin. Jadi bagaimana pula kita boleh dapatkan sebelum itu? Oleh itu, carilah cinta mengikut jalan yang sepatutnya. Bukan jalan dimurkai-Nya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen