Kelebihan Bersama Wanita ‘Gila-gila’.

 

Bukan gila betul ya. Wanita sebegini biasanya menghiburkan hati. Telatahnya kadang kala lucu, membuatkan seorang lelaki geleng kepala dan tersenyum indah mengingatkan detik-detik tersebut. Hadoi. Pening. Tapi terhibur. Kalau jadi isteri ni, macam manalah ya. Hehe Jom kita selidik sikit kelebihan apabila anda bersama wanita gila-gila.



1. Suasana Ceria.

Bila ada, kecoh. Bila tiada, sunyi pula suasana. Eh! Rindulah tu. Begitulah hakikat apabila bersama si dia yang begini. Nak bergaduh je setiap masa. Tapi bukan gaduh betul-betul, gaduh-gaduh manja gitu. Bahan membahan perkara biasa. Tapi, bila dah jadi isteri orang. Hormat, tetap hormat suami dia. Ada masa, bergurau je lebih. Hehe

2. Mesra.

Biasanya wanita begini banyak cakap. Jadi, untuk memulakan perbualan dengan sesiapa sahaja walaupun baru dikenali, amat mudah baginya untuk berkenalan. Apabila sudah berumah tangga, dia juga dapat menjadi ipar yang dan mesra bersama keluarga anda. Jadi, tak susahlah anda memperkenalkan keluarga dengan si dia. Automatik dia menjadi dirinya. Kalau segan pun, sekejap saja tu.

3. Mudah didekati.

Dia suka bergaul dengan orang. Untuk mendekatinya tidak susah. Atau mungkin juga dia akan mula menegur dulu anda. Orang mesra alam kan. Semua orang dia nak sapa. Kalau cover ayu, bukan dia tu. Maaflah. Hehe

4. Senang bersendirian.

Hidupnya sempoi saja. Makan sendiri no hal, jalan-jalan sendiri tiada masalah. Semuanya diredah saja tanpa mempedulikan kata-kata orang. Sebab tu dia boleh ceria berbanding serius dengan orang ramai.

5. Jujur dan baik hati.

Kalau mereka suka, dia akan kata ya. Kalau tidak, maka tidaklah. Jangan dipaksa. Kerana semamangnya begitu si dia. Apapun, mereka baik hati. Sanggup berkorban apa sahaja demi orang tercinta. Asal kau tak mempermainkannya.



Apapun, mereka ini luarannya ceria, tetapi dalam masa yang sama jangan terkejut sekiranya mereka menyimpan kesedihan luar biasa yang tidak ditunjukkan. Kesedihan itu disembunyikan baik-baik agar tiada siapapun yang tahu. Kecuali mereka yang dipercayai sahaja akan dia luahkan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen