Lima Orang Anda Patut Elakkan Demi Mendapat Hubungan Yang Bahagia.

 

Setiap orang mempunyai perwatakan yang berlainan. Setiap perwatakan itu juga akan membawa satu kebahagiaan atau kemudaratan dalam perhubungan percintaan. Hal ini kerana, semua orang yang menjalinkan hubungan ini mempunyai motif iaitu ingin menambah kebahagiaan. Jadi perkara-perkara yang akan menyerabutkan kepala kalau boleh hendak dielakkan.



Oleh itu, demi mendapat kesejahteraan dalam perhubungan, lima jenis orang ini anda patut elakkan untuk menjalinkan hubungan dengannya ataupun demi menyelamatkan hubungan anda.

1. Pengkritik.

Setiap orang mempunyai sifat pengkritiknya cuma yang membezakannya adakah ia banyak atau tidak. Jika tidak, sifat itu boleh ditahan lagi manakala jika banyak pasti segala-galanya yang keluar dari mulutnya itu menyakitkan hati. Jika ia memberi nasihat yang membawa kebaikan tidak mengapa, tetapi jika hanya untuk merendah-rendahkan anda pasti akan menyakitkan hati sahaja.

2. Makcik bawang.

Perangai makcik bawang ini semakin meluas, sama ada di media sosial ataupun di dunia realiti. Mereka ini gemar mengumpat, mengutuk serta membuat cerita yang tidak betul. Jadi demi menjaga satu hubungan, jangan sesekali mendengar kata mereka ini. Kalau boleh jangan terpengaruh langsung. Tapi kalau pasangan sendiri makcik bawang bagaimana?

3. Pembohong.

Semua perkara yang melibatkan diri dengan pembohongan pasti tidak akan berjaya. Apatah lagi jika menjalinkan hubungan dengan pembohong pasti tidak bahagia juga. Sebab berbohong ini hanya mempunyai dua tujuan sahaja, iaitu untuk memusnahkan perhubungan atau membuat hubungan lebih baik. Tapi biasanya ia akan memusnahkan hubungan sahaja.


4. Kuat bekerja.

Anda tidak patut menjalinkan hubungan denga orang yang kuat bekerja. Mengapa? sebab nanti akan timbul rasa terabai dalam diri anda. Hal ini kerana dirinya akan melebihkan pekerjaannya berbanding diri anda. Jadi bagaimana anak hendak merasai hubungan yang bahagia? Jika berlebih-lebih takut dikatakan terhegeh-hegeh pula.

5. Pentingkan diri.

Seseorang yang sangat pentingkan diri ini tidak akan membantu dalam satu perhubungan pun. Apa yang mereka tahu, kepuasan dan kemenangan berada di pihaknya. Jadi anda akan tertindas dan merasa tidak bahagia. Walaupun, sifatnya itu tidak ditunjukkan dengan kerap tapi lama-kelamaan anda akan mula rasa tawar hati dengan perhubungan tersebut.

Demi mendapatkan hubungan yang bahagia ini tidak mudah, dan ia juga boleh menjadi mudah apabila kena dengan pasangannya. Semuanya ada di tangan anda untuk membuat pilihan. Sama anda yang baik ataupun tidak anda juga yang tentukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,956 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen