Ciri-Ciri Wanita Pada Lewat 20-an, Jika Lelaki Lebih Berminat Berkenalan Dengan Wanita Yang Lebih Berusia.

 

Kini, lelaki seperti tidak kisah jika berkenalan dengan seorang wanita yang jauh umurnya daripada mereka sendiri. Bagi mereka wanita yang lebih berusia lebih matang, dan tahu untuk menguruskan hidup tidak seperti gadis-gadis baya mereka.



Jadi wahai lelaki, jom ketahui ciri-ciri wanita idaman anda ini!

1. Wanita ini mahukan cinta yang setia dan bukan seperti keanak-anakan lagi. Ini kerana mereka sudah puas menempuh alam percintaan semata-mata untuk keseronokan, yang samar dan tiada jawapan hingga ke penghujung.



2. Wanita ini tidak lagi pulang lewat selepas kerja. Jika mereka bekerja pada usia yang muda, dan sering pulang hingga lewat malam hanya untuk keseronokan hidup, tetapi kali ini tidak lagi.

3. Sebahagian wanita ini berkeyakinan tinggi kerana mereka sudah mengalami banyak pengalaman manis dan pahit di dalam hidup mereka. Jadi mereka sangat yakin dan bijak menilai mana yang baik atau buruk.

4. Ada juga wanita pada lewat 20-an tidak lagi menjamah salad atau sayur semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Mereka tidak malu untuk menjamah semua jenis makanan kegemaran.

tetapi jangan pula anda terkejut dan mengatakan “Patutlah badan besar, kuat makan sebenarnya” merajuk pula si wanita nanti.



5. Wanita ini lebih gemar meluangkan masa di rumah pada hujung minggu, menonton televisyen dan memasak makanan kegemaran.

6. Jika wanita ini dulu bersikap keanak-anakkan dan nakal, pada lewat 20-an mereka sudah matang dan tidak membuat perangai lagi. Kerana mereka sudah merasakan segala pahit manis apabila bersikap tidak senonoh di depan orang ramai.

7. Wanita seperti ini berkemungkinan sudah memiliki kerja tetap dan berpendapatan agak tinggi. Jadi mereka hanya memerlukan perhatian daripada lelaki sahaja, bukan semata-mata pada harta. Tetapi jika dapat memiliki lelaki yang bijak menguruskan wang, ia adalah satu bonus.



8. Lelaki perlu tahu, wanita ini sangat berdikari dan tidak kisah keseorangan, kerana mereka telah membuang segala kawan yang negatif malah hanya memiliki sebilangan rakan yang kecil sahaja.

9. Wanita ini bakal rimas jika ada lelaki yang mahu membawa mereka berjumpa dengan ramai kenalan lelaki, cukup sekadar dalam kumpulan yang kecil sahaja.

10. Wanita ini tidak teragak-agak untuk memberitahu apa yang mereka suka atau benci. Bagi mereka komunikasi itu sangat penting dalam mengekalkan hubungan. Dan juga mereka telah belajar daripada hubungan yang tidak menjadi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,725 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen