Lima Ciri Yang Akan Diperhatikan Oleh Lelaki Sebelum Mereka Bercadang Melamar Anda.

 

Berkawan dan berkenalan hati budi sudah lama. Tapi si dia masih lagi belum menunjukkan apa-apa tindak balas seperti mahu menjadikan anda kekasihnya atau tidak. Anda juga takut untuk menerima orang lain kerana hati anda telah berkenan dengan dirinya. Tapi anda sendiri ragu-ragu dengan sikapnya. Sebenarnya, pasangan anda sedang mencari sesuatu dalam diri anda. Sesuatu yang membuktikan bahawa anda adalah pilihan yang tepat. Hal ini kerana si dia juga tidak mahu hubungan sekerat jalan.



Jadi terdapat ciri-ciri yang akan diperhatikan oleh kaum lelaki sebelum mengambil keputusan untuk melamar anda ke arah satu hubungan yang lebih serius.

1. Kepekaan.

Cuba lihat diri anda, adakah anda peka dengan keadaan sekeliling anda? ataupun adakah anda peka akan perubahan emosi si dia? Seorang lelaki ini, akan melihat adakah calonnya itu peka akan perubahan dirinya atau sekelilingnya. Di mana jika si dia mempunyai masalah emosi atau perasaan, dengan hanya sekali lihat sahaja pasangannya sudah tahu bahawa dirinya mempunyai masalah. Jadi dapat lah ia membantu meringankan.

2. Kesetiaan.

Kesetiaan ini amat penting jika inginkan satu hubungan bertahan lama. Jadi tunjukkan kesetiaan anda terhadapnya dengan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah membenarkan si dia memegang telefon bimbit anda ataupun menjawab panggilan telefon tanpa rasa ragu-ragu. Barulah si dia percaya anda tidak memiliki orang lain.

3. Keyakinan diri.

Seorang lelaki juga mencari seorang pasangan yang mempunyai keyakinan diri yang kuat. Walaupun memiliki badan yang gempal tapi masih berani berhadapan dengan orang. Tidak pun, walaupun muka tidak begitu gebu masih lagi menemaninya ke majlis-majlis rakannya. Keyakinan itu penting demi menunjukkan bahawa si dia adalah milik anda.


4. Empati.

Sifat ini penting dalam perhubungan. Dan biasanya wanita kurang sifat ini. Sifat ini adalah di mana anda tidak memaksa pasangan melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai. Sebagai contoh, dirinya tidak mempunyai mood yang baik tetapi anda masih berkeras untuk keluar dengannya. Jadi di situ anda kekurangan empati terhadap dirinya.

5. Kesederhanaan.

Lelaki juga memandang kesederhanaan dalam diri seseorang wanita yang berjaya menyentuh hati mereka. Di mana wanita-wanita ini tidak menunjukkan sifat-sifat yang begitu menunjukkan atau sombong dengan diri mereka. Penampilan dan perwatakan yang sederhana lebih mudah memikat hati kaum lelaki ini.

Lelaki ini sebenarnya mencari seseorang yang mampu melengkapi cita rasanya. Jika anda memenuhi cita rasanya pasti si dia tidak akan melepaskan anda. Jika sebaliknya, mereka ini akan bermain tarik tali dengan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen