Enam Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Mencari Pasangan Di Laman Cari Jodoh.

 

Hendak mencari jodoh ini perlukan usaha yang banyak dan berlebihan. Semakin banyak usaha yang dihasilkan semakin cerah kelibat jodoh yang akan dilihat. Itu baru kelibat belum jodoh lagi. Jadi untuk dapatkan jodoh kita perlu tunjuk yang kita betul-betul berusaha. Terutama jika kita mencari jodoh di laman cari jodoh ini, pasti banyak perkara yang perlu memainkan peranan.



Jadi apa yang anda harus lakukan demi mendapat kenalan di laman cari jodoh? Enam perkara ini anda perlu lakukan dengan kadar segera.

1. Pemilihan gambar.

Pemilihan gambar ini sangat penting untuk menarik perhatian orang agar pergi melihat anda di profile. Dan bukan itu sahaja ia juga mampu membuat anda mendapat pelbagai pesanan dengan hanya melihat gambar. Sebab orang kata dari mata turun ke hati bukan? Jadi pilih gambar yang elok, menarik dan menampakkan diri anda yang sebenar.

2. Maklumat profile.

Tuliskan maklumat yang sebenar mengenai diri anda di dalam profile tersebut. Jangan mula menipu, nanti susah anda untuk berpatah balik. Lebih baik anda nyatakan sahaja kebenaran di dalam profile anda. ia mudah untuk orang yang meminati ciri seperti anda untuk berkenalan dengan lebih lanjut dengan anda.

3. Tunjukkan minat.

Apabila anda mendapat kenalan, tunjukkan yang anda berminat untuk berkawan dengan dahulu. Di samping itu juga, tunjukkan minat anda terhadap kehidupannya tetapi ingat jangan pernah tunjukkan minat terhadap kehidupan peribadinya dahulu. Letakkan kehidupan peribadi sebagai yang terakhir di perkenalan anda.

4. Jangan terburu-buru.

Sifat terburu-buru ini biasanya hanya akan memusnahkan satu perkenalan. Jadi anda perlu ambil masa sebanyak dan sebaik mungkin demi mengelakkan si dia melihat anda begitu terdesak. Walaupun lakukan secara perlahan anda perlu bijak memikat hatinya dengan pantas.


5. Sanggup tanggung risiko.

Apabila menjalinkan hubungan di atas talian ini, anda perlu menanggung risiko yang besar. Antara risikonya adalah, rupa si dia tidak seperti dalam gambar, si dia tidak hadirkan diri untuk berjumpa anda dan pelbagai lagi. Jadi anda perlu bersedia dengan lebih awal. Jangan senang-senang memberi hati anda kepadanya.

6. Jangan malu bertanya.

Untuk mengenali seseorang, anda tidak boleh mempunyai rasa malu yang tinggi. Lagi-lagi kalau rasa malu untuk bertanya mengenai dirinya. Anda akan rugi nanti. Jadi jika anda peluang tanya apa sahaja mengenai dirinya walaupun mengenai perkara yang ringkas.

Sebenarnya berkenalan atas talian ini lebih seronok berbanding berhadapan dengan pasangan. Hal ini kerana, jika kita rasa tidak sesuai tidak perlu ambil masa yang lama untuk meninggalkannya. Dan banyak lagi calon lain yang sedia menunggu anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen