Jika Mahu Si Dia, Minta.

 

Beranikan diri bagi mendapatkan apa yang dimahukan. Terus dan terus berusaha untuk mendapatkan sesuatu terutama bagi mendapatkan pasangan hidup. Sudah berkenan, kenapa perlu tangguh? Kalau terlepas di tangan orang lain bagaimana? Maka, jadilah orang bijak dan berani bertindak.

Sebelum meminta kepada manusia, minta dulu kepada pemilik manusia. Itu cara sebenar. Kerana Dia pemilik hati manusia. Yang boleh membolak balikkan rasa dan perasaan. Mohon bersungguh-sugguh untuk mendapatkan si dia.

Lakukan solat sunat hajat, istikarah agar diberi petunjuk yang baik. Setelah hati merasa tenang dengan keputusan yang dibuat, segerakan langkah dengan meminta kepada orang tua si dia. Atau bagi wanita, minta bantuan kepada sesiapa untuk mendapatkan jejaka yang diimpikan.



Yakin dan percaya dengan doa yang pinta. Yakin Allah makbulkan doa tersebut. Kerana Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya. Jika kita berfikir positif, maka impak positif juga yang akan kita dapatkan kelak. Apa yang kita sangka susah, sebenarnya amat mudah bagi Allah untuk merealisasikannya.

Dengan meyakinkan diri, secara tidak langsung memberikan energi positif kepada diri untuk menuju ke arah tersebut. Secara automatik kita akan berusaha untuk mendapatkan si dia. Selalu mendekati si dia, asal teringat, mesti mendoakan kebaikan untuk diri dan si dia, dan menjadi seorang yang yakin bertemu keluarga si dia.

Allah itu, jika dia kehendaki dan memakbulkan doa kita, dia akan memberikan keajaiban yang tidak pernah kita sangka dengan cara tersebut. Banyak cerita orang bertemu jodoh tanpa disangka-sangka bukan? Begitulah bukti mudahnya Allah melancarkan urusan seseorang.


Kun fayakun. Jika Allah berkata ‘ya!’, pasti perkara tersebut akan terjadi. Minta dengan Allah saja kita ragu, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa tersebut? Yakin dan yakin. Itu kuncinya.

Setelah itu, barulah minta kepada manusia. Diskusi bersama orang tua untuk mendapatkan restu mereka. Jumpa ibu bapa si dia, tunjukkan kesungguh untuk mendapatkan seseorang yang diimpikan. Atau bertanya secara terus kepada si dia mahupun menggunakan orang tengah untuk mengetahui status mereka.

Jika Allah kehendaki, pasti akan kita dapat. Jika tidak? Pasti Allah ada perancangan yang lebih baik buat kita. Mungkin di mata kita dia pasangan terbaik buat kita, tapi menurut Allah, tidak. Kerana dia memberikan apa yang kita ‘perlu’, bukan apa yang kita ‘mahu’.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen