Ciri-Ciri Lelaki Yang Boleh Menjadi Pasangan Hidup Yang Terbaik.

 

Perhubungan yang dibina telah lama, tetapi anda tidak nampak sedikit pun bahawa dirinya mampu menjadi pasangan hidup yang terbaik. Bagi anda pasangan yang terbaik adalah seseorang yang mempunyai kesempurnaan dengan selengkapnya. Mungkin si dia itu, tidak sempurna di mata anda, tapi si dia begitu sempurna dalam kesungguhan menjaga perhubungan kalian. Dan orang lain juga melihat kesungguhan dirinya itu.



Sebenarnya terdapat lima ciri yang perlu anda tahu dalam meneliti pasangan. Cuba anda pertimbangkan, adakah lima ciri ini penting dalam perhubungan atau tidak.

1. Emosi.

Penggunaan emosi dalam perhubungan ini teramat lah penting. Di mana ia mampu menunjukkan tahap kesabaran seseorang itu dalam melayani perangai dan kemahuan anda. Ia dengan melalui cara dirinya mengawal emosinya terhadap anda. jika si dia tidak pandai dalam mengawal emosi anda, ia akan menyebabkan anda akan lebih mudah disakiti berbanding dengan dirinya yang pandai mengawal emosi.

2. Sokongan.

Sokongan ini terdapat dua jenis, di mana ketika anda berjaya mahupun dalam kesusahan. Bagaimana? Ketika anda berjaya menghadapi sesuatu situasi si dia akan menyatakan rasa bangga memiliki anda, begitu juga ketika anda tidak mampu mengharungi permasalahan anda, si dia akan bersama anda untuk mengharunginya. Jadi si dia tidak akan meninggalkan anda dalam pelbagai situasi.

3. Pekerjaan.

Anda oleh melihat dirinya bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya. Walaupun bukan kerja yang bagus, tetapi si dia tetap berusaha untuk memberi kesenangan kepada anda. Di samping itu juga, si dia memberi anda peluang untuk bekerja demi menunjukkan kemampuan diri anda. Jadi si dia tidak mengurung anda dengan kewangannya sahaja.


4. Kerjasama.

Setiap lelaki beranggapan, melakukan tugasan rumah itu adalah kerja wanita. Tetapi tidak bagi pasangan anda. Bagi dirinya, kerja rumah itu perlu dilakukan bersama-sama demi mencapai keselesaan bersama. Dan ia bukan hanya kerja sebelah pihak sahaja. Tetapi lebih kepada pembahagian tugas agar ia menjadi lebih mudah.

5. Hidup bersama.

Ketika awal perkenalan dengannya anda tidak begitu yakin akan hidup bersama dengannya. Tetapi semakin matang hubungan dan umur anda, semakin kerap si dia mengajak anda untuk menjadi seseorang yang penting dalam hidupnya. Di samping itu juga, si dia kerap menunjukkan ingin hidup bersama dengan anda. Dan si dia benar-benar memaksudkannya.

Seorang lelaki itu mempunyai pelbagai ragam yang sukar dibaca dan difahami. Jadi jangan menilainya dari luaran sahaja. Anda perlu masa untuk memahaminya sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Dan setiap masa yang berjalan itu akan menunjukkan bahawa siapa dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,996 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen