7 Tanda Lelaki Anggap Ia Bukan Temu Janji.

 

Wanita sering salah anggap pada lelaki yang terlalu mesra dan berbuat baik dengan mereka. Lelaki kadang kala berbuat baik pada wanita kerana itu memang lumrah mereka untuk tidak menyakiti hati wanita.



Wanita jangan terlalu teruja jika ada lelaki berkelakuan begitu, dan jangan cepat salah faham. Jika lelaki yang anda kenal mempunyai tanda-tanda semua di bawah, maka anda jangan cepat berharap.

1. Si lelaki mengajak anda lepak.

“Eh, jom lepak” wanita seperti teruja apabila seorang lelaki yang mereka minat mengajak mereka keluar. Dan mereka menganggap ia adalah temu janji mereka berdua? Dengan cara ini lelaki menganggap anda sekadar kawan lepak sahaja, tidak lebih daripada itu.



2. Si lelaki memanggil anda dengan panggilan “Weyh” atau “Bro”.

“Weyh, bro” atau kedua-duanya sekali. Alamak?

3. Si lelaki tidak gementar untuk menepuk bahu anda.

Ia dipanggil dengan ‘Bro mode’, sebagaimana lelaki melakukan dengan rakan lelaki yang lain. Sudah tentu lelaki hanya menganggap anda seperti ‘brotherhood’ sahaja.



4. Si lelaki memberitahu anda bahawa si dia tidak lagi berjumpa dengan pasangan yang sesuai.

Lelaki ini menyatakan bahawa mereka ada perkara penting untuk dibincangkan. Tetapi isu tersebut adalah, kenapa mereka tidak lagi berjumpa dengan wanita yang sesuai dengan mereka? Alamak, anda pula bagaimana? Sudah tentu anda tertanya-tanya bukan.

Jika wanita diam tanpa berkata-kata, sudah tentu lelaki itu tidak tahu perasaan anda yang sebenar.

5. Si lelaki mengajak anda untuk bermain game arcade sahaja.

Bagi anda mungkin lelaki ini adalah seorang gamer dan tidak suka dating dengan cara makan di restoran atau menonton wayang. Tetapi, sering pula si lelaki melakukan aktiviti begini dengan anda, maksudnya?



6. Si lelaki tiada inisiatif untuk berpakaian elok terhadap anda.

Bagi wanita mungkin lelaki ini sudah terbiasa dengan anda seperti sudah lama kenal dan terlalu selesa sehinggakan tidak perlu berpakaian kemas atau berwangian untuk anda. Tetapi cara ini seperti tidak mahu menarik perhatian wanita, bukan?

7. Si lelaki mengajak rakannya untuk lepak bersama.

Sedang seronok berbual berdua di kedai makan, tiba-tiba rakan lelaki ini yang berjalan di hadapan kalian berdua, di ajak untuk lepak bersama. Anda tidak kisah jika mempunyai orang ramai untuk berteman, tetapi lama-kelamaan, anda seperti tenggelam di dalam kumpulan itu dan si dia tidak lagi fokus pada anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,853 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen