Cara Mengatasi Cinta Bertepuk Sebelah Tangan.

 

Dalam menempuh alam percintaan, kadang kala tidak selalu indah. Dahulunya terasa amat serasi, tetapi sekarang terasa diri amat asing. Pelik. Adakah pernah melakukan kesilapan kepada si dia. Tak juga. Oh. Rupanya selama ini cinta bertepuk sebelah tangan. Huh. Apapun perlu terima hakikat tersebut dengan sebaik mungkin. Untuk mengatasi cinta bertepuk sebelah tangan, kami ada caranya.



1. Tanya perasaan.

Andaikata sudah berkawan lama, tidak salah sekiranya anda bertanya soal jodoh. Adakah dia mempunyai perasaan terhadap anda atau sekadar kawan sahaja. Boleh ditanya secara berlapik, asalkan mereka faham akan maksud sebenar anda. Lebih-lebih lagi apabila bertanya kepada lelaki, kerana mereka perlu jelas dengan soalan ini.

2. Berterus terang.

Sekiranya anda memang meminati si dia, berterus terang sajalah. Mengambil masa yang lama untuk menyatakan hasrat tiada guna juga. Apapun, perlu terima dengan hati terbuka. Apabila dia terima cinta, bersyukur. Jika sebaliknya tidak mengapa. Anggap saja mereka sebagai kawan. ‘kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.’ kan? Buat cool je. InsyaAllah dua-dua akan okey seperti biasa apabila bertemu dimasa yang akan datang.

3. Melupakan.

Seandainya anda mengetahui dia sudah berpunya, tidak mengapa. Lupakan saja. Padam semua kenangan lama termasuk gambar, mesej dan apa jua yang berkaitan dengan si dia agar kita tidak teringat-ingat tentangnya.

4. Cara pengganti.

Di luar sana ramai yang boleh dijadikan pasangan. Oleh itu berusahalah untuk mencari pasangan dengan kaedah lain agar dapat menggantikan si dia dengan yang baru. Berdoalah agar Allah menggantikan si dia dengan orang yang lebih baik. Bukankah dengan cara itu akan menyebabkan kita akan lebih rasa bahagia?


Yakin, segala yang ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik buat kita. Mungkin kita tidak akan bahagia jika bersama si dia. Mungkin juga Allah ingin memberi kita orang yang handsome atau cantik wajah dan akhlaknya kelak. Mudah-mudahan. Doa itu penting. Kerana ia adalah senjata orang mukmin.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen