Elakkan 5 Kata-Kata Ini Pada Pasangan Yang Putus Cinta.

 

Sebagai sahabat, apabila mengalami situasi di mana rakan baik mereka putus cinta, sudah tentu mereka sendiri buntu mahu menolong atau hanya berdiam diri. Jika berdiam diri, di kata tidak memberi semangat. Jika cuba menolong, dikatakan cara membantu tidak berkesan.



Tetapi, sekurang-kurangnya cuba kita elakkan kata-kata seperti di bawah, supaya rakan anda yang putus cinta itu tidak terus merasa murung. Jom baca!

1. “Siapa yang bagi kata putus?”

Sudah tentu perasaan ingin tahu kita menjadi sangat kuat ketika ini, kerana ingin tahu siapa penyebab utama di dalam masalah ini.

Jika rakan anda sendiri yang memberi kata putus, mungkin tiada masalah untuk mereka mengaku, tetapi jika pasangan mereka yang menyatakan kata putus, sudah tentu mereka akan menjadi lebih sedih dan meraung.

2. “Ingatkan kamu berdua akan berkahwin”

Kata-kata begini lagi membuat rakan baik anda menjadi sedih. Lebih baik anda sebagai sahabat, elakkan dengan berkata tentang masa depan mereka yang seperti tidak dapat dijangka. Jika hubungan mereka telah berantakan, sudah tentu perancangan untuk berkahwin akan hancur.



3. “Alaaa…banyak lagi pilihan kat luar sana”

Rakan baik anda baru sahaja putus cinta, dan anda sudah menyuruh mereka untuk mencari yang lain? Anda tidak tahu, berkemungkinan pasangan rakan baik anda adalah pasangan yang terbaik mereka pernah miliki, untuk terus melupakannya bukan mudah.

4. “Kitorang tak pernah suka dia pun sebenarnya”

Kata-kata negatif ini pasti membuatkan sahabat anda menjadi semakin sakit hati. Sudah tentu anda perlu elakkan.



5. “Alaa, jangan risau lah, jadi single lagi best”

Apabila melihat seseorang bersedih kerana putus cinta, kata-kata ini pasti membuatkan mereka mahu mencari pasangan mereka kembali. Kerana mereka seolah-olah merasakan single bukan cara penyelesaian yang bagus.

Jika single is better, kenapa anda sendiri juga masih meroyan kesunyian dan keseorangan. Jadi, ia adalah kata-kata yang tidak patut anda nasihat pada rakan mahupun diri sendiri.

Sebaliknya, anda perlu sahaja membiarkan rakan baik anda menangis atau meluahkan perasaan mereka. Tetapi jangan biarkan mereka ini keseorangan, teman lah mereka sehingga mereka benar-benar memerlukan nasihat dan pendapat yang positif.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,477 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen