Pilihlah Jodoh Mengikut Keserasian Anda.

 

Sudah tentunya Islam sangat menggalakkan umatnya agar mempercepatkan perkahwinan sekiranya sudah mempunyai kemampuan. Ada beberapa hal yang perlu diperinci dalam memilih jodoh. Tetapi yang paling penting adalah mencari jodoh yang mempunyai agama dan akhlak yang baik. Itu yang perlu diberi keutamaan.

Pada hari ini, kita banyak menjaga perasaan orang lain sehingga mengetepikan perasaan sendiri. Untuk mencari jodoh, perlulah mencari jodoh yang kita rasakan serasi. Bukan mengikut keserasian orang lain. Misalnya ada yang berkata, “pilihlah yang cantik sikit kau ni.” Dengan kata-kata tersebut saja sudah mematahkan semangat kita untuk mencari jodoh.

Usah begitu. Jika sudah berkenan dengan seseorang, teruskan saja niat tersebut setelah membuat istikarah dan yakin terhadap keputusan yang diambil. Berlama-lama dalam membuat keputusan juga akan menjadikan hati berbolak balik untuk meneruskan perkahwinan.



Sebab untuk memilih pasangan tersebut hanya kita yang ketahui. Jadi, buatlah keputusan mengikut perasaan sendiri bukan terlalu terikut-ikut dengan keputusan orang lain. Meminta nasihat itu perlu, tetapi keputusan yang tepat berbalik kepada diri sendiri.

Apapun, janganlah terlalu memilih pasangan dalam membuat keputusan memilih jodoh. Kita juga mempunyai kekurangan yang tersendiri. Mencari manusia yang sempurna di mata kita sudah tentunya tiada. Lebih-lebih lagi apabila hidup bersama, akan terlihatlah segala kekurangan yang ada. Memilih pasangan yang mempunyai akhlak dan agama yang baik sudah memadai. Dengan itu insyaAllah akan menjamin kita untuk mendapatkan keluarga yang bahagia.

Kesusahan dalam perkahwinan itu biasa. Tempuh saja dengan hati terbuka setelah bersama kelak. Dengan kesusahan tersebutlah akan menjadikan kita lebih dewasa dan matang untuk menghadapi cabaran yang lebih besar kelak.


Jika hidup kita hanya bergantung dengan kata-kata orang, sampai kesudahlah kita akan membujang. Kerana manusia memang suka mengata. Pekakkan saja telinga,buat keputusan yang anda rasakan benar. Sekiranya halangan datang daripada ibu ayah, pujuklah mereka dengan kata-kata yang baik. Tunjukkan peribadi yang baik dan matang, dengan demikian insyaAllah mereka akan menerima calon tersebut.

Oleh itu, tekadkan kata-kata dan terus saja mengikat pertalian dengan jodoh yang diimpikan. Usah terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri teraniaya, pedulikan kata-kata orang untuk membina rumah tangga.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 528,294 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen