4 Sebab Dan Bahasa Badan Ketika Lelaki Berbohong.

 

Hanya kerana lelaki kurang berbicara, mereka sering di tuduh menipu pasangan dan berlaku curang di belakang mereka. Tetapi tidak semua lelaki akan berkelakuan begitu. Mereka akan berbohong mengikut situasi, dan kadang kala mereka berbohong hanya kerana untuk menjaga hati pasangan mereka.



Jadi, jom kita ketahui mengapa lelaki berbohong? Dan bagaimana untuk mengetahui lelaki itu sedang berbohong. Jom baca!

1. Kerana terpaksa.

Lelaki kadang-kala menipu kerana terpaksa. Situasi yang agak menyeksa dan terpaksa menipu pasangan.

Sebagai contoh, lelaki memang sukar untuk memberitahu jika mereka tidak lagi mempunyai pekerjaan, di pendekkan cerita dipecat atau dia sendiri mahu berhenti. Situasi ini lebih kepada untuk menjaga hati pasangan, dan tidak mahu keadaan menjadi lagi serabut.



2. Kerana terperangkap.

Lelaki juga kadang-kala agak sukar untuk mengawal keadaan. Mereka daripada luaran sememangnya nampak cool dan macho seperti boleh  menguruskan semua hal rumah tangga. Tetapi jika tidak mahir, mereka akan cuba berbohong supaya pasangan tidak menilai mereka.

Seperti, jika pasangan melihat lelaki berjumpa dengan seseorang, ia seperti curang, tetapi situasi sebenar, mereka terpaksa berjumpa hanya kerana keluarga yang memaksa untuk berjumpa.

3. Kerana wanita juga berbohong.

Menurut kajian, lelaki akan berbohong jika pasangan mereka juga berbohong. Jadi mereka akan ada alasan jika dituduh oleh pasangan. Perbuatan ini amat tidak sihat dalam perhubungan antara kalian berdua, ia seperti tidak matang.



4. Kerana persekitaran.

Lelaki berbohong kerana persekitaran mereka. Daripada keluarga hingga lah pada rakan-rakan. Jika orang sekeliling mereka sentiasa berbohong, dan panjang akal untuk memperdayakan seseorang, tidak mustahil lelaki akan terpengaruh untuk berkelakuan begitu juga.

Bahasa badan.

1. Kaki yang menyilang. Ketika anda melihat seorang lelaki duduk di atas sofa kaki mereka akan menyilang, dan jika lelaki duduk di atas bangku, kaki mereka seolah-olah merangkul kayu bangku tersebut atau disilangkan pada kerusi.



2. Lelaki secara tiba-tiba meletakkan tapak tangan di dalam poket hadapan dan belakang.

3. Lelaki akan cuba mengangkat bahu berkali-kali.

4. Lelaki akan cuba menutup mulut sambil berbual atau mengusik/menggaru hidung.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen