Tahapan Cinta Yang Perlu Disempurnakan.

 

Cinta adalah fitrah manusia. Tetapi perlu mengikut keutamaan masing-masing agar kita sentiasa di jalan yang benar. Jika tiada rasa cinta, maka musnahlah segala hidupan di dunia ini kerana dengan tiada cinta, kemungkinan besar manusia menjadi rakus, penuh benci dan zalim. Antara keutamaan yang perlu diberi perhatian dalam hal cinta adalah:



1. Cinta kepada Allah.

Sudah tentunya Allah perlu diberi keutamaan dalam bab ini. Kerana Dia yang menciptakan kita, malahan dia juga memberi rasa cinta terhadap hamba-Nya. Oleh itu laksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya.

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w

Banyak pengorbanan baginda dalam menyampaikan dakwah Islam. Jika tidak kerana pengorbanan baginda, kita tidak dapat menikmati hidup dalam keadaan Islam sebagaimana hari ini. Oleh itu, untuk membalas cinta tersebut, hendaklah kita membantu baginda dalam menyebarkan agama Islam mengikut kemampuan kita.

3. Cinta kepada ibu bapa.

Mereka melahirkan, membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa sehingga kita berjaya hari ini. Untuk mengexpresikan cinta kita kepada mereka, maka patuhlah dengan segala yang disuruh asalkan tidak bercanggah dengan agama Islam. Bantu mereka saat diperlukan, hulurkan wang sebaik mungkin agar mereka gembira mempunyai anak seperti kita.

4. Cinta kepada pasangan.

Kita dianjurkan untuk mencari pasangan yang baik agama dan akhlaknya. Setelah membina rumah tangga, barulah memberi cinta selayaknya terhadap pasangan tersebut. Bukan mencintai sebelum si dia belum halal buat kita. Apabila berkahwin, pasangan adalah amanah buat kita. Jadi, laksanakan tanggungjawab masing-masing sesempurna mungkin apabila bergelar suami isteri.


Setelah sempurna cinta tersebut, barulah kita boleh memberi cinta selain daripada itu tanpa bertentangan dengan hukum Islam. Seperti cinta kepada keluarga, saudara mara, cinta kepada guru, sahabat dan apa jua makhluk yang ada di muka bumi ini. Cintalah mengikut keutamaan agar kita tidak tersasar kelak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen