Lima Tanda Pasangan Anda Sedang Dipikat Oleh Wanita Lain.

 

Apabila terlalu lama dalam perhubungan, ia boleh membuatkan seseorang itu berubah hati. Walaupun hatinya masih sayang akan perhubungan itu, tidak mustahil sesiapa sahaja akan datang menghampirinya untuk menambat hatinya. Jika anda membiarkan perkara itu berlaku tanpa menyedarinya. Anda akan kehilangan orang yang anda kasihi. Bagaimana untuk mengenali tingkah laku pasangan anda ketika ada wanita lain menghampirinya.



Ini dia lima tanda yang anda perlu tahu dalam perubahan hati pasangan anda.

1. Pentingkan penampilan.

Apabila ada wanita lain menghampiri dirinya, pasti pasangan akan mula mengubah penampilannya. Si dia ingin kelihatan begitu menarik di hadapan wanita lain. Dan mereka juga akan mengubah penampilan mereka mengikut kesukaan wanita terbabit. Bukan mengikut kesukaan anda.

2. Ubah cara berpakaian.

Gaya berpakaian juga sudah berubah, jika dahulu si dia lebih sukakan perkara yang simple tapi kini tidak lagi. Si dia mula mengenakan pakaian yang mengikut masa terkini dan kelihatan seolah-olah dirinya masih bujang. Di samping itu juga, gaya pemakaiannya juga kelihatan lebih muda dan nampak segar.

3. Kurang untuk bergaul dengan sahabat anda.

Jika dahulu si dia lebih mesra dengan sahabat anda atau pun keluarga anda, kini tidak lagi. Apabila anda mengajaknya untuk berjumpa sahabat dan keluarga anda. Ada sahaja alasan yang akan diberikan kepada anda. Sehingga membuat anda merasa malas untuk mengajaknya ke pertemuan yang lain.


4. Lebih mudah marah.

Dahulu, si dia hanya akan memarahi anda dengan hal-hal yang besar sahaja. Tapi kini, si dia lebih mudah memarahi anda mengenai hal yang remeh. Dan paling tidak menyangka anda kerap bergaduh dengannya kerana hal remeh tersebut.

5. Mula kata ‘sibuk dengan kerja’.

Jadual waktu kerjanya anda sudah hafal dan tahu dengan baik. Tetapi tiba-tiba jadual waktu kerjanya menjadi sangat padat. Dan si dia juga kerap menyatakan bahawa si dia sibuk dengan pekerjaannya tanpa mempedulikan anda lagi.

Anda perlu berhati-hati dalam perhubungan ini. Ia bagi menggelakkan hati anda terluka dan pasangan anda diambil orang. Jadi setiap langkahnya anda perlu perhati dengan teliti agar anda tidak berputih mata nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,894 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen