Tanda Anda Mencintai Seseorang Dengan Tulus.

 

Perasaan cinta terhadap seseorang kadang kala terbit dengan sendirinya tanpa disangka-sangka. Ia juga kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Tetapi adakah kita benar-benar mencintai seseorang kerana Allah atau selain daripada-Nya. Untuk itu, perhatikan tanda-tanda ini.



1. Tidak lalai dalam beribadah.

Walaupun anda mencintai seseorang, tidak selayaknya anda mendahulukan si dia berbanding suruhan Allah. Jika ibadah dapat disempurnakan dengan baik, itu petanda baik anda mencintai seseorang setulusnya. Bukan kerana nafsu. Bahkan lebih baik sekiranya ibadah anda bertambah baik, kerana sedar akan tanggungjawab yang lebih besar dimasa yang akan datang iaitu untuk menjadi ketua keluarga dan pendamping setia kepada suami.

2. Selalu mendoakan pasangan.

Walaupun tidak berjumpa, tetapi masih ingat akan pasangan dalam doa. Mendoakan kebaikan diri dan pasangan agar tetap di dalam iman dan semoga dipermudahkan segala urusan untuk ke gerbang perkahwinan.

3. Berusaha memperbaiki diri.

Anda sedar bahawa anda bukan bermain cinta. Tetapi sedang mencari cinta yang sebenar. Iaitu menuju gerbang perkahwinan. Oleh itu, anda berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik dimasa yang akan datang dan berusaha juga mengajak pasangan untuk memperbaiki diri. Bukan acah-acah baik, tapi berusaha betul untuk menjadi baik.

4. Berpisah tak gelisah.

Andaikata tiada jodoh anda dan pasangan, anda tidak menjadi resah dengan keadaan tersebut. Kerana anda yakin pasti ada hikmah yang Allah sembunyikan dan itu rancangan terbaik Allah kepada anda.


Apabila semua ini dilakukan dengan sempurna, mudah-mudahan itu petanda bahawasanya anda mencari cinta sebenar. Bukan bermain cinta untuk berfoya-foya. Apapun, segeralah untuk berkahwin. Kerana dalam tempoh perkenalan dan pertunangan pasti akan mempunyai dugaan yang tersendiri.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,620 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen