5 Perkara Pelik Yang Sering Dilakukan Oleh Lelaki Untuk Teman Wanita Mereka.

 

Kadang-kala lelaki sering juga bertindak di luar kawalan mereka. Sama ada wanita tidak tahu memang itu sikap sebenar mereka, atau pun teman lelaki mereka memang pelik. Tetapi, lelaki akan melakukan perkara pelik atau memalukan hanya kerana mahu menghiburkan teman wanita mereka.



Atau pun mereka melakukan perkara tersebut hanya kerana mahu menunjukkan macho mereka tetapi tidak menjadi? Jadi, apakah perkara pelik tersebut, jom baca!

1. Berpakaian selekeh.

“Sayang, kenapa pakai t-shirt je? Kita pegi kenduri kan?”

“Sayang, kenapa pakai selipar je? Buruk la, pergi tukar kasut”

Dah ternyata lelaki memang kurang bijak berfesyen.

2. Berkelakuan seperti kebudak-budakkan.

Adakah wanita pernah melihat sikap sebenar teman lelaki anda apabila mereka bersama rakan-rakan? Wanita bakal melihat sikap sebenar lelaki dan seperti anda tidak pernah kenal pun, siapakah teman lelaki anda yang sebenarnya apabila mereka bersama dengan rakan-rakan mereka.



3. Tercedera ketika melakukan sesuatu.

Secara tiba-tiba mereka mahu berkebun, bergotong-royong untuk mengemas barang atau mengangkat barang-barang yang berat, pasti mereka akan tercedera. Sama ada mereka memang rajin, atau hanya untuk menarik perhatian teman wanita mereka.

Keadaan ini akan membuatkan teman wanita mereka akan memberi perhatian sepenuhnya ketika tangan mereka tercedera.

4. “Bro” mode.

Pernah atau tidak, anda sebagai wanita melihat teman lelaki atau suami anda mengubah suara dan posture badan ketika bertemu dengan orang baru, terutamanya lelaki. Mereka bersalaman dan menepuk bahu seolah-olah telah lama berkenal.

Situasi ini adalah ‘bro mode’ di mana, lelaki sebenarnya cuba untuk mencuri perhatian teman wanita mereka, dan mahu kelihatan sangat yakin dengan orang yang baru mereka kenal.



5. Menjadikan teman wanita mereka sebagai bahan lawak.

Tidak semestinya di depan sahabat, tetapi dengan keluarga juga anda di jadikan bahan lawak. Ini kerana, lelaki mahu melihat sejauh mana teman wanita mereka boleh bergurau senda.

Lelaki kadang-kala memang sukar untuk menjadi serius, mungkin mahu menyorokkan perasaan gementar mereka atau memang gemar berjenaka.

“Awak ingat saya ni apa? Sampai hati awak buat saya macam ni”

“Alaaa…rileks laa,,awak tu serius sangat saya tengok. Cuba senyum sikit. Saya nak awak selesa dengan family saya”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen