Kelebihan Memiliki Pasangan Wanita Cerewet.

 

Sifat manusia berbeza-beza satu dengan yang lain. Ada yang lemah lembut, kasar, tegas, cerewet dan sebagainya. Cerewet selalu dianggap menyusahkan kadang kala. Tetapi perlu diketahui, orang yang cerewet juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang tiada pada orang lain. Jom kenali kelebihan mereka yang tersembunyi ini.



1. Teratur urusan peribadi anda.

Orang cerewet akan teliti satu per satu apa yang dilakukan. Hatta sedikit kedut dibaju akan dihapuskan kerana mereka ini orangnya ‘perfectionist.’ Rumah, confirm kemas. Tapi hati-hati, baju, seluar dan harta benda anda sila letakkan ditempat yang betul ya.

2. Berani bersuara.

Mereka sinonim dikatakan orang yang banyak cakap. Sesuai kalau jadi penyiar radio, ahli politik. Hehe Apapun, jika mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, mereka akan selesaikan. Jika anda menjadi mangsa, dia boleh menjadi penyelamat keadaan. Tapi, tolong juga kawal tingkah lakunya. Kadang emosinya tidak berapa stabil dalam keadaan begitu. Hehe

3. Hati-hati melakukan sesuatu.

Untuk langkah berjaga-jaga, mereka selalu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan kesahihan sesuatu perkara. Selain mengelakkan diri daripada ditipu oleh sesiapa.

4. Anak-anak terjaga.

Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, sudah tentu untuk menguruskan anak-anak amat mudah bagi mereka. Seorang lelaki tidak perlu terlalu risau berkenaan dengan anak-anak, kerana mereka akan menjaga anak-anak sebaik mungkin.


Cerewet, cerewet juga. Tapi perlu dilandas yang betul. Cari yang cerewet, dalam masa yang sama mempunyai pegangan agama yang kukuh. Kerana dengan adanya ilmu agama, mereka dapat membezakan perkara yang dibolehkan dan diharamkan. Tidaklah pening kepala nanti apabila bersama. Apapun, jika mereka menjadi api, sedaya upayalah anda menjadi air. Lembutkan hati mereka dengan kata-kata manis, buat apa yang mereka suka, insyaAllah mereka akan menerima anda sebaik mungkin.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,478 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen