Berkahwin Dengan Lelaki Lain Dan Mencintai Lelaki Lain, Apa Yang Anda Harus Lakukan.

 

Tiada siapa yang tahu siapa jodoh kita. Walaupun sudah berkahwin, jodoh juga mungkin boleh berubah. Kadang-kadang kita bercinta dengan orang lain tetapi bertunang dengan orang lain dan paling yang tidak disangka apabila kita berkahwin juga dengan orang yang berlainan. Jadi kesukaran untuk melepaskan seseorang dalam hidup itu juga bukan satu yang singkat. Mungkin sahaja kita rasa kita sudah bersedia untuk menerima orang baru tapi pada masa itu kita sebenarnya masih mencintai yang lama.



Jadi apa yang harus dilakukan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini? Adakah perpisahan itu jalan yang terbaik? Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah cuba lakukan beberapa perkara ini.

1. Lihat sifat positif suami.

Mungkin suami anda tidak sama dengan orang yang anda cinta. Tetapi dalam masa yang sama cuba anda lihat dalam dirinya. Sudah pasti ada sifat yang baik dan positif sehinggakan anda menerimanya sebagai suami anda. Pasti kerana sifat-sifatnya membuatkan hati anda terbuka untuk menerima dirinya.

2. Pertimbangkan emosi suami.

Cuba anda bayangkan jika anda memberitahunya bahawa anda mencintai lelaki lain selepas menikahi dirinya. Pasti suami anda akan merasa kecewa akan setiap kata anda. Jadi cuba jaga emosinya kerana si dia tidak bersalah dalam hal ini. Suami anda menikahi anda kerana beranggapan anda sudah move on dari kekasih lama.

3. Belajar mencintai suami.

Dari anda fikir cara bagaimana untuk berpisah dengan suami anda, adalah lebih baik anda memikirkan bagaimana untuk mencintai dirinya. Pasti ada sesuatu yang boleh anda terima mengenai dirinya sehinggakan anda bersetuju untuk menikahi dirinya.


4. Terima jodoh yang telah diaturkan.

Anda harus percaya dengan jodoh yang telah diaturkan untuk anda. Hal ini kerana hanya dia sahaja yang tahu mana yang terbaik untuk anda. Mungkin suami anda adalah jodoh anda yang sebenar yang mampu membawa anda ke syurga. Jadi percaya dengan setiap perancangan yang telah diaturkan oleh-Nya.

5. Belajar untuk melepaskan.

Anda tidak seharusnya menyimpan perasaan anda terhadap orang lain. Hal ini kerana anda sudah bersuami. Jadi anda perlu belajar melepaskannya dari hati anda. Mungkin agak sukar pada mulanya tetapi pasti akan lebih baik bila anda benar-benar lakukannya dengan ikhlas demi suami anda.

6. Ingat Allah.

Di samping itu juga cuba sentiasa mengingati Allah. Hal ini kerana, hanya dia sahaja yang mampu mengubah hati dan perasaan anda. Dan hanya dia sahaja yang mampu membuat anda keluar dari masalah anda.

Kesimpulannya, sebelum anda menikahi seseorang, pastikan hati anda sememangnya miliknya. Dan jika perkahwinan itu bukan dasar cinta sekali pun, hadirkan rasa cinta itu walaupun sedikit. Hal ini kerana dia adalah jodoh yang telah diaturkan oleh Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen