8 Perkara Tentang Wanita, Yang Lelaki Tidak Faham.

 

Wanita adalah manusia yang agak merumitkan. Walaupun anda boleh melihat wanita itu simple pada luaran, tetapi pemikiran mereka masih juga complicated.



Kebanyakan lelaki seolah-olah tidak memahami wanita dan membuat keputusan untuk tidak mengambil peduli tentang wanita tersebut. Tetapi dalam pada masa yang sama, perasaan ingin tahu mereka sangat kuat tentang wanita.

Jadi, jom kita ketahui perkara apa yang sering menganggu fikiran lelaki.

1. Period. Kerana lelaki sendiri tidak pernah merasakan senggugut. Mereka pelik mengapa wanita mudah tiada mood? Apakah pencetus yang membuatkan wanita mudah berubah emosi?

Adakah dengan sakit perut sahaja, mereka mudah menjadi harimau? Adakah, memang setiap saat wanita memang akan senggugut? Dan terlalu banyak soalan. Hmmm.



2. Bergossip. Kenapa wanita gemar bergossip? Jika wanita bergossip secara berkumpulan, mengapa lelaki tidak dijemput sekali untuk bergossip bersama? Apakah isu penting yang wanita sering bincangkan?

3. Kasut tinggi. Bagaimana seorang wanita mampu memakai kasut tinggi tanpa terkehel? Adakah kaki wanita begitu kuat untuk menampung badan sendiri dengan kasut tinggi dan halus begitu? Bagaimana wanita mampu berjalan dengan kasut tinggi?



4. Jenis kasut. Secara general, lelaki hanya memiliki, sandal, kasut sukan dan kasut kerja. Wanita? Kenapa perlu memiliki hingga 10 kasut?

5. Pergi ke toilet secara berkumpulan. Pada zaman sekolah, atau pada bila-bila masa sahaja, wanita akan ke toilet secara berkumpulan. Kenapa mereka tidak boleh bpergi bersendirian? Dan kenapa perlu bercakap dan berjenaka ketika di dalam toilet?

6. Kenapa wanita mahukan pendapat daripada lelaki, jika wanita itu sendiri mampu membuat keputusan sendiri? “Sayang, mana cantik? Biru ke merah?” Jika lelaki memilih biru, sudah tentu wanita akan memilih merah.



7. Mengapa minyak wangi wanita berbau sangat menyenangkan, tetapi minyak wangi lelaki bau yang sangat kuat? Jangan terkejut, jika teman lelaki atau suami anda gemar memakai minyak wangi wanita. Hehe.

8. Barang penjagaan diri yang sangat merumitkan. Cleanser, toner, moisturizer, serum, lotion, bedak, minyak rambut? Bermacam-macam produk yang terdapat di atas meja, belum termasuk barang mekap. Tetapi wajah hanya ada satu sahaja, dengan organ yang sama.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,817 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen