10 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Menerima Si Dia.

 

Jadi, apakah tanda-tanda yang anda sendiri boleh sedar bahawa anda sudah mula bersedia untuk menerima si dia sebagai pasangan sehidup dan semati? Jom baca!

1. Anda tidak lagi takut untuk terluka. Anda dapat menerima si dia dengan hati terbuka, dan jika si dia bukan jodoh anda, anda memang akan redha mengenainya.



2. Segala yang anda lakukan, seperti tiada beban. Anda menganggap jatuh cinta dengan si dia adalah satu tugasan atau experiment, boleh dikatakan dengan lebih dekat adalah ujian daripada Allah.

Anda menganggap, ujian yang diberi oleh Allah ini adalah untuk menentukan anda lulus untuk ke peringkat yang seterusnya atau tidak. Hati anda sangat terbuka ketika ini.

3. Apabila dengan si dia, anda seperti tidak merancang untuk melakukan apa-apa aktiviti. Cukup jika dapat pergi ke taman, menikmati pemandangan atau menjamah hidangan hanya kerana duduk bersama dia, anda sudah cukup bahagia.

4. Anda dengan si dia secara tiba-tiba berbual tentang isu masa depan. Secara tidak sedar anda berdua berbual tentang perkahwinan, keluarga, harta mahu pun anak, dan anda berdua seperti tidak kekok dengan isu tersebut.



5. Anda mengungkap “I miss you” tanpa anda sedar. Ini kerana anda memang benar merindui si dia, dan inginkan si dia di dalam hidup anda.

6. Apabila dengan si dia, anda seolah-olah sudah lupa tentang kisah silam anda. Bila kali terakhir anda bercinta, siapakah bekas kekasih anda, semuanya anda sudah lupakan tanpa anda sedar. Mungkin kerana kali ini, si dia benar-benar penting dalam hidup anda sekarang.

7. Boleh jadi tidak semua aktiviti menjadi kegemaran anda apabila anda lakukan bersama keluarga atau sahabat. Tetapi apabila si dia ada di sisi, anda menjadi tidak takut untuk melakukan bersama si dia.


8. Si dia sentiasa mengusik anda dan ia amat menjengkelkan. Tanpa anda sedar, anda tidak boleh hidup tanpa usikan si dia. “Saya sayang awak, tapi awak ni kadang-kadang rimas la”

9. Anda memang sedar, anda terlalu banyak menceritakan tentang si dia pada sahabat baik anda. Tetapi kali ini, anda perlu menahan untuk menceritakan tentang si dia, kerana khuatir sahabat anda akan bosan nanti.

10. Anda sudah lakukan sesuatu aktiviti bersama sahabat, tetapi anda mahu lakukan aktiviti tersebut sekali lagi bersama si dia. Hanya kerana dia.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,403 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen