Wanita, Maaf. Tanda-tanda Ini Belum Lagi Bermakna Si Dia Mencintai Anda.

 

Sifat wanita lembut, dan mudah jatuh cinta terhadap seseorang. Tetapi untuk mengenali samaada si dia benar-benar cinta mahupun bermain cinta, kadang kala sukar untuk diteliti. Dengan melakukan perkara di bawah, tidak bermakna si dia mencintai anda sepenuhnya. Jadi, usah terpedaya dengan hal-hal berikut.



1. Kata-kata manis.

Bagi seorang lelaki, untuk mencairkan wanita terlalu mudah. Hanya saja menggunakan kata-kata manis, mereka sudah terpedaya. Percayalah, lelaki ini kebanyakkan mereka hanya mendapatkan wanita untuk bersuka ria sahaja apabila dia belum bersedia sepenuhnya untuk memegang amanah sebagai seorang suami.

2. Memberi hadiah.

Memberi hadiah bukan bermakna si dia mempunyai perasaan terhadap anda. Mungkin saja dia memberikan kerana penghargaan dan terima kasih sahaja. Usah terlalu gembira apabila mendapatkan hadiah tersebut. Terima boleh, tetapi jangan terlalu berharap si dia menjadi suami anda kelak.

3. Melayani anda.

Pada awalnya, ia. Dia akan melayani anda dengan sebaik mungkin. Tetapi jika sudah puas, mereka akan mencari pengganti lain untuk memenuhi nafsu mereka. Jadi, kenapa perlu tunggu dan terhegeh-hegeh kepada mereka? Cari yang setia dan benar-benar boleh dijadikan suami.

4. Memberi cinta palsu.

Kebanyakkan wanita menyangka, apabila dirinya diberikan kepada seorang lelaki, dia akan dijaga dan dikahwini dengan lelaki tersebut. Jangan terpedaya. Sudahlah nanti akan mendapat dosa, tertipu pula akhirnya.


Dalam hidup wanita, mereka mahu kepastian dari seorang lelaki. Kepastian samaada mahu menjadikannya seorang isteri ataupun tidak. Jika tidak, usah memberi harapan kepada mereka. Sakit dan luka tersebut payah untuk sembuh. Wanita pula usah sekali terpedaya dengan helah lelaki, jika dia benar-benar mencintai anda, dia akan segera berjumpa ibu ayah dan berusaha sepenuhnya untuk mendapatkan dengan cara yang halal. Kerana dia ingin menjaga anda, bukan merosakkan anda.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen