Wanita Adalah Penyiasat Hebat. Hati-hati Dengan Mereka.

 

Sudah lumrah kehidupan, ujian dan musibah pasti akan diterima kepada sesiapapun untuk menguji keteguhan iman seseorang. Oleh itu, kita semestinya perlu tetap bersabar menempuh ujian tersebut agar jiwa dan hati tenang menghadapinya.

Bagi seorang wanita, mereka cepat merasa curiga terhadap pasangan sehingga meimbulkan pelbagai tanda tanya buat mereka. Dengan itu, mereka sedaya upaya akan menjadi penyiasat hebat jika mereka merasa curiga terhadap pasangan.



Dalam tempoh masa tertentu, seorang lelaki tidak mempunyai apa-apa syak wasangka terhadap pasangan. Wanita itu juga tidak menunjukkan sebarang reaksi jika lelaki bermain belakang. Mungkin wajahnya tidak berubah sekalipun dia marah, tetapi perlu diketahui mereka telah mempunyai pelbagai bukti untuk menyatakan kebenaran. Hanya saja menunggu masa yang tepat untuk mengeluarkan hujah tersebut.

Oleh itu, seorang lelaki perlu berhati-hati dalam hal ini. Bukan berhati-hati dalam main belakang, tetapi usahlah berani melukai mereka sedikit pun. mereka mempunyai firasat yang sangat kuat lebih-lebih lagi kepada orang yang dia sayangi.

Wanita ini kadang kala mereka menyembunyi rahsia anda untuk melihat samaada anda jujur atau sebaliknya. Jika jujur, kemungkinan besar mereka dapat memaafkan anda. Tetapi jika tidak, jangan terkejut jika mereka minta putus dan tidak akan bersama anda buat selama-lamanya.

Apapun, wanita dinasihatkan agar bertindak dalam kawalan. Usah menggunakan emosi, tetapi berfikir terlebih dahulu jika ingin melakukan sesuatu. Bersabar itu lebih baik daripada membalas keburukan kepada seseorang.


Siasat secara mendalam sesuatu perkara, tanya kepada seseorang yang boleh dipercayai sahaja. Dalam masa yang sama, perbetulkan diri dan seringlah berjumpa dengan orang yang baik. Kita tidak mengetahui, kemungkinan pasangan berlaku curang kerana sikap diri sendiri. Oleh itu, melakukan perubahan diri itu perlu. Jika tidak serasi setelah itu, yakin dan percaya pasti Allah akan menggantikan pasangan tadi dengan yang lebih baik.

Sering berjumpa dengan orang yang baik akan menjadikan kita seorang yang positif. Mendengar nasihat mereka menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan hidup. Bukan berputus asa setelah dikecewakan. Jadi, tetap terus ceria untuk menempuh apa jua ujian. Chayok chayok!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,250 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen