Awas! Lima Ciri Menunjukkan Si Dia Adalah Playboy.

 

Bila bercakap mengenai lelaki playboy ini, ia tidak semestinya seseorang yang mempunyai rupa paras yang handsome, mempunyai duit yang banyak, ataupun sweet talker. Boleh jadi sahaja yang mempunyai rupa biasa-biasa sahaja juga boleh menjadi seorang playboy. Yang penting pandai menjaga rahsianya. Mereka ini biasanya akan berpura-pura memiliki sifat-sifat lelaki yang disukai wanita. Jadi lebih mudah mereka mencari mangsa.



Tapi jika diamati dengan betul, mudah sahaja untuk mengetahui bahawa seseorang itu playboy. Walaupun begitu, lima ciri-ciri ini pasti ada pada setiap playboy. Jadi cuba anda lebih teliti terhadap pasangan anda. Mana tahu si dia itu playboy.

1. Ramai kawan perempuan.

Biasanya playboy ini pasti mempunyai ramai kawan perempuan. Kenapa? Sebab si dia ini pasti sudah terkenal dengan hidung belangnya. Cuma anda sahaja yang tidak tahu. Wanita-wanita lain yang mahu mendekatinya juga hanya kerana dirinya popular dikalangan kaum wanita. Itulah punca si dia menjadi rebutan wanita.

2. Sukar menjawab WhatsApp, call atau SMS.

Apabila sudah mempunyai ramai gadis-gadis yang perlu dilayan, pasti anda sukar untuk menerima panggilan atau pesanan darinya. Lagi-lagi kalau nak dapat panggilan darinya lagi lah susah. Alasan yang mereka selalu gunakan pun tidak logik. Alasan hanya mahu selamatkan diri sahaja. Sebagai contoh, tidak sempat untuk menelefon kerana sibuk belajar atau bekerja.

3. Mempunyai lebih satu nombor telefon.

Apabila pasangan anda menggunakan nombor telefon lebih dari satu atau mempunyai telefon lebih dari satu. Anda patut sudah tidak mempercayainya lagi. Walaupun apa jua alasan yang diberikannya kepada anda. Jika dengan satu telefon boleh curang apatah lagi dengan menggunakan banyak telefon. Pasti peluang untuk curang itu lebih tinggi.


4. Mudah mesra dengan perempuan.

Ini lagi sifat playboy yang sememangnya akan mudah dilihat dan dihidu. Sifat yang mudah mesra ini bagus, tetapi yang tidak bagusnya apabila mudah mera dengan wanita lain. Mesranya pula sama macam ketika mula hendak mengenali anda. Jadi tidak mustahil si dia menggunakan taktik yang sama untuk mendapat pasangan baru. Eh, menambah pasangan.

5. Pentingkan privasinya.

Semua perkara mengenai dirinya adalah penting manakala mengenai diri anda pula tidak penting. Baginya juga privasi khas untuk dirinya teramatlah penting. Si dia tidak mahu anda datang ke tempat kerjanya atau rumahnya secara tiba-tiba. Kerana takut perbuatannya kantoi. Begitu juga dengan melarang anda menggunakan telefon bimbitnya.

Kesimpulannya, tidak semua lelaki itu playboy. Tetapi adalah lebih elok jika anda mengambil langkah berhati-hati agar tidak terluka kerana mudah mempercayai. Jika si dia mempunyai ciri-ciri seperti di atas, apa lagi cepat-cepatlah tinggalkan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,346 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen