Lima Sebab Mengapa Gadis Cantik Mendapat Pasangan Tidak Handsome.

 

Selalu kita lihat, seseorang yang cantik itu pasti mempunyai pasangan yang tidak sesuai dengannya. Mungkin bagi kita, pasangannya itu tidak sesuai tapi bagi dirinya pasangannya begitu sempurna dari segi sifatnya. Setiap pasangan ini tidak akan sama-sama cantik atau sama-sama padan. Pasti adalah salah seorang yang lebih menonjol rupa parasnya. Apa-apa pun bukan rupa paras yang utama, tetapi adalah hati budi yang dimiliki oleh seseorang itu.



Jadi mengapa seseorang yang mempunyai paras rupa memilih pasangan yang kurang sedikit untuk menjadi pasangannya? Ini dia, lima sebab mengapa si dia dipilih.

1. Lebih setia.

Biasanya pasangan yang kurang mempunyai rupa paras ini akan lebih setia. Mana tidaknya kalau mempunyai pasangan yang sedikit handsome atau cantik pasti mudah menarik pihak ketiga untuk mengacau hubungan. Jadi pasangan yang kurang handsome ini pasti akan lebih setia dalam perhubungan kerana tidak akan ada yang datang menggoda dirinya.

2. Pandai ambil hati.

Mungkin si dia kurang dari rupa paras tetapi mungkin tidak dari pandai mengambil hati. Rupa paras itu yang kedua, tapi sikap pandai ambil hati itu penting. Kalau rupa ada tapi tidak tiap-tiap hari pasangan makan hati dan sakit hati tak guna juga. Rasa bahagia itu tidak ada. Baik pilih yang pandai ambil hati, pasti bahagia sentiasa.

3. Mempunyai minat yang sama.

Susah untuk mencari seseorang yang mempunyai minat yang sama. Yelah, bila ada minat yang sama baru senang nak mencari sefahaman dan saling memahami. Paling tidak pun, si dia akan menyokong dan sentiasa ada dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dan tidak semua pasangan boleh lakukan itu.


4. Pandai menghargai.

Selain pandai mengambil hati, pandai menghargai juga pasti ada dalam diri mereka ini. Kenapa? Sudah pasti lah mereka tidak mahu pasangan mereka itu lepas ke tangan orang lain. Jadi mereka akan menjaga dengan sebaik mungkin pasangan mereka itu. Mana nak cari gadis cantik yang mahukan pasangan kurang handsome.

5. Mempunyai duit.

Kewangan yang kukuh adalah sebab yang terakhir mengapa gadis yang cantik memilih lelaki tidak handsome sebagai pasangan. Bagi mereka kewangan itu penting demi masa hadapan mereka. kalau muka handsome dan tidak mempunyai duit tidak guna juga. Hari-hari yang mereka perlu lalui dengan menggunakan duit bukan rupa paras.

Kesimpulannya, ia semua bergantung pada jodoh. Jika sudah tertulis bahawa pasangannya itu kurang dari rupa paras, pasti mempunyai kelebihan yang lain. Begitu juga jika mempunyai rupa paras. Semuanya sudah tertulis.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,072 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen