5 Cara Untuk Mencari Jodoh Bagi Mereka Yang Tidak Berkeyakinan Tinggi.

 

Anda adalah seorang yang tidak begitu yakin pada diri sendiri. Malah anda tidak suka bersosial dan mencari rakan baru. Untuk memulakan perbualan pun, anda merasakan seperti orang sekeliling tidak mahu mendengar perbualan anda.



Jadi, bagaimana anda mahu mencari rakan? Pasangan? Mahupun cinta? Jom ketahui 5 cara tersebut.

1. Kenali dan cinta diri anda sendiri.

Perkara ini sangat cliché, tetapi ia sangat penting bagi mereka yang tidak berkeyakinan. Insan yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi adalah kerana mereka tidak mengenali diri mereka dengan lebih dalam.

Jadi, bagaimana mahu mengenali orang baru, jika diri sendiri pun anda masih belum kenal lagi, bukan? Anda perlu tahu apa kekurangan dan kelebihan diri, jadi anda akan tahu bagaimana untuk tidak menunjukkan kelemahan tersebut pada orang ramai.



2. Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain.

“Kenapa la aku tak pandai macam dia?”

“Kenapa la aku tak cantik macam dia?”

Tidak perlu membuat perbandingan, kerana ia adalah penyebab anda menjadi kurang berkeyakinan pada diri.

3. Jangan terlalu banyak fikir.

Atau orang panggil Overthinking. Secara teori, ia seperti mudah untuk dijelaskan tetapi sukar untuk dipraktikkan. Jadi, mengapa anda membuat ia menjadi sukar hanya dengan overthinking? Anda terlalu banyak fikir dan membuat andaian seperti “Mesti dia tak suka aku kan?”, “Mesti dia ingat aku ni terhegeh-hegeh”

Berhenti membuat fikiran begitu.



4. Mencari sahabat yang memberi anda semangat.

Mencari seseorang yang sentiasa memberi anda sokongan, galakkan dan semangat. Bukannya seseorang yang bakal membuat anda rasa kecewa. Kerana perasaan itu akan sentiasa membuatkan tiada keyakinan untuk berjumpa orang ramai.

5. Berhenti bermonolog.

Insan yang kurang keyakinan diri, sentiasa bermonolog, bercakap dengan diri sendiri, memendam perasaan dan tidak suka berkongsi masalah. Tolong jadi manusia normal dan cuba berbual dengan orang sekeliling. Komunikasi adalah aspek penting dalam hidup untuk kita mengeratkan hubungan sesama manusia.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen