5 Cara Mudah Untuk Meluahkan Rasa Cinta Pada Pasangan.

 

Manusia sering dan gemar merumitkan semua perkara, terutamanya tentang cinta. Cinta itu mudah jika anda berdua saling mencintai antara satu sama lain, adanya kejujuran, kepercayaan dan komunikasi dua hala.

Secara teori memang mudah untuk diterangkan, tetapi pasangan yang bercinta seolah-olah sukar untuk mempraktikkan terutama yang telah berkahwin. Bagi mereka luahan rasa cinta selepas kahwin tidak perlu kerana masing-masing sibuk menguruskan komitmen.



Ubah cara pemikiran kita, mengapa setelah berkahwin dan halal anda mengambil ringan tentang hubungan anda? Padahal ia lebih penting untuk mengekalkan hubungan, bukan?

Jadi, jom ketahui cara mudah untuk meluahkan rasa cinta pada pasangan.

1. Komunikasi seperti kata-kata yang manis.

Secara teknikal, komunikasi memang penting untuk setiap manusia, tetapi cara bagaimana apabila untuk pasangan bercinta? Sudah tentu dengan pujian, belas kasihan dan kejujuran. Setiap bait kata-kata perlu lah ada keihklasan.

“Ia nya bukan sekadar kiasan, tetapi untuk menyatakan apa yang terpendam di dalam hati dan perasaan”



2. Meluangkan masa.

Untuk memberi perhatian pada pasangan, anda berdua perlu lah mempunyai masa yang cukup untuk bersama. Dapat meluangkan masa bersama walaupun hanya sekejap sudah cukup untuk mengeratkan hubungan.

Jangan terlalu sibuk dengan kerja, sehingga lupa yang anda ada suami atau isteri di rumah.

3. Memberi hadiah.

Tidak semestinya anda perlu memberi hadiah ketika majlis-majlis tertentu sahaja. Berilah pasangan anda hadiah tidak kira masa dan waktu. Sentiasa memberikan kejutan juga boleh mengeratkan hubungan.



4. Memberi kerjasama.

Memberi kerjasama atau berkhidmat untuk pasangan, akan membuatkan mereka rasa dihargai dan sentiasa di cintai. Sentiasa menolong mereka mengemas rumah, mengurangkan bebanan mereka malah dapat membantu mengurangkan tekanan akan membuat mereka rasa bahagia.

5. Bertentangan mata dan berpegangan tangan.

Pasangan yang sentiasa bekerja sehingga tiada kualiti masa bersama pasangan, akan rasa kurang kasih sayang kerana anda berdua tidak meluangkan masa bersama untuk meluahkan perasaan. Meluahkan perasaan bukan hanya bertentangan mata, tetapi berpegangan tangan juga akan menghubungkan rasa cinta kalian berdua.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,869 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen