Lelaki Baik Akan Jealous Jika Anda Lakukan 4 Perkara Ini.

 

Apabila sudah cinta, pastinya perasaan cemburu akan menghantui seseorang. Samaada lelaki mahupun wanita, kedua-duanya akan mengalami perasaan yang sama. Tetapi diluahkan dalam bentuk yang berbeza. Wanita banyak menggunakan percakapan untuk meluahkan rasa. Lelaki mengexpresikan cemburu melalui reaksi muka dan tindakannya. Lelaki baik akan jealous sekiranya orang yang dicintai melakukan ini terhadapnya:



1. Melembutkan suara kepada lelaki lain.

Suara wanita memang lembut, tetapi mendayu-dayu sangat tidak dianjurkan. Jika selama ini kita sering begitu, ada baiknya kita mengubah intonasi tersebut dengan sedikit tegas apabila bersama lelaki lain atau yang belum halal. Termasuk bakal suami. Jika sudah berkeluarga, silakan untuk bermesraan dengan suami anda. Melembutkan suara dapat menaikkan syahwat lelaki, jadi berhati-hati.

2. Pakaian mencolok mata.

Kecantikan seorang wanita hanyalah untuk suaminya sahaja. Dengan memperlihatkan kecantikan tersebut kepada orang yang tidak sepatutnya akan menjadikan seorang lelaki baik marah kepada orang yang disayangi.

3. Manja dengan lelaki lain.

Jika wanita manja sesama jantina, itu biasa tapi tidaklah sampai berlebihan. Tetapi, apabila wanita manja dengan lelaki lain, sudah pastinya mendatangkan amarah kepada seorang lelaki. Anda adalah haknya, jadi jangan mempermainkan perasaan dan melukainya.

4. Tiada masa untuknya.

Sudah tentunya apabila mempunyai hubungan, lelaki dan wanita saling menghubungi. Tetapi bagi lelaki mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk perkara ini. Sesekali sudah mencukupi. Jika dia ingin bertemu atau mengadakan majlis dan mengundang anda, anda tidak penuhi, pastinya dia berfikir sesuatu yang bukan-bukan.


Jika seorang lelaki cemburu anda melakukan ini terdapatnya, saya ucapkan tahniah! Kerana anda bersama lelaki yang baik. Ini bermakna dia tidak dayus dan mahukan anda sahaja menjadi pendampingnya. Anda juga pasti akan menjadi seorang yang beruntung apabila mendampinya kelak. Oleh itu, berusahalah untuk tidak melakukan 4 perkara ini terhadap si dia.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen