5 Bentuk Pengorbanan Dalam Percintaan.

 

Samaada masih saling kenal mengenali atau sudah berumah tangga, kedua-dua situasi ini kadang kala memerlukan pengorbanan untuk mengembalikan rasa cinta atau membahagiakan jiwa. Memberilah sebanyak-banyakkanya, bukan menerima sebanyak-banyakknya. Apabila kita memberi tanpa mengharapkan balasan meskipun ucapan terima kasih, kita akan menjadi seorang yang positif dan kuat. Kerana semua itu dilakukan dengan ikhlas. Antara bentuk pengorbanan tersebut adalah:



1. Memaafkan.

Semua orang pernah melakukan kesilapan. Bahkan kita sendiri pernah melakukan kesilapan. Oleh itu, memaafkan kesilapan terhadap pasangan adalah jalan terbaik untuk mengembalikan keceriaan dalam perhubungan. Jiwa pun tak serabut kalau dah memaafkan. Kan?

2. Memberi.

Semestinya dalam perhubungan perlu saling memberi dan mencukupkan keperluan masing-masing. Tapi, berpada-padalah. Ikut kemampuan. Jika mampu, beri. Jika tidak, katakan secara baik kepada pasangan.

3. Mengalah.

Mengalah bukan bererti kita kalah. Kadang kala mengalah akan memulihkan keadaan. Tidak kira samaada lelaki mahupun wanita. Kita perlu mengambil inisiatif tersebut.

4. Membuat kompromi.

Tolak ansur perlu dalam perhubungan. Sesekali, luangkan masa bersama pasangan. Lebih-lebih lagi dalam urusan penting. Misalnya berkaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Cari masa yang sesuai, berbincang dan uruskan sebaik mungkin.

5. Melepaskan.

Jika sudah tidak ada persefahaman antara kedua-dua pihak, melepaskan adalah jalan terbaik. Sukar, tetapi apabila sudah tekad untuk berpisah setelah melakukan istikarah, berbincang dan membuat keputusan, pastinya ada hikmah yang terkandung disebalik ujian itu.


Lakukan yang terbaik dalam perhubungan. Sekiranya kita melakukan dengan ikhlas, pastinya kita tidak akan kecewa apabila dikhianati. Apapun, tahu batas pergaulan. Usah berlebihan sehingga maruah tergadai. Itu bukan caranya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,622 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen