Lima Perbuatan Yang Dilakukan Lelaki Untuk Menyatakan Rasa Sayang Tanpa Meluahkan Melalui Kata-Kata.

 

Seorang lelaki apabila jatuh cinta ini akan benar-benar tulus mencintainya. Walaupun mempunyai ego yang tinggi, itu tidak bermakna dirinya tidak mampu mencintai seorang gadis. Jika anda gadis itu anda sangat bertuah. Lelaki ini sukar untuk mengungkapkan kata sayang dan kata cinta pada pasangannya. Tetapi jika mereka mudah menyatakan sayang dan cinta terhadap anda, anda harus berhati-hati. Mengapa? kerana seorang lelaki akan menyatakan cinta dan sayangnya melalui perbuatan bukan dengan perkataan.



Jadi, ini lima perkara bahawa lelaki itu meluahkan rasa sayang dan cintanya terhadap anda melalui perbuatannya.

1. Mengutamakan anda.

Dalam apa segala hal, anda boleh lihat dirinya meletakkan anda yang paling utama selepas ahli keluarganya. Walaupun ketika bersama rakan-rakannya, anda jugalah yang utama. Ia seumpama si dia sanggup tidak bermain futsal atau lepak bersama rakan-rakannya hanya kerana anda tidak membenarkan. Jadi si dia hanya mengutamakan anda dalam segala hal.

2. Menyusahkan diri demi anda.

Ini yang anda perlu hargai dari pasangan anda. Mereka ini sanggup menyusahkan diri mereka demi kepuasan anda. Sebagai contoh, dirinya sanggup mengikat perut demi membelikan kasut kegemaran anda. Dan dirinya juga begitu jimat cermat sehingga lupa untuk dirinya demi menghalalkan hubungan kalian.

3. Menghabiskan masa bersama anda.

Jika ada sahaja masa terluang pasti si dia akan menghabiskan masanya bersama anda. Kira macam tidak pernah jemu lah nak bersama dengan anda. Kalau boleh ingin sentiasa bersama dengan anda tidak kira masa. Sehinggakan kadang kala rakan-rakannya sendiri sudah tidak dipedulikan lagi.


4. Sentiasa menyokong anda.

Anda sentiasa mendapat sokongan dalam segala hal. Dan si dia sentiasa di sisi anda walaupun ketika anda susah. Dan yang paling penting si dia tahu perkara apa yang anda tidak patut lakukan demi kebaikan anda. Kiranya kalau perkara baik si dia sokong, kalau tak baik tak sokong. Itu pun kerana sayang akan anda.

5. Tidak bermain mata dengan wanita lain.

Ini yang paling penting bagai kaum wanita. Bagaimana untuk mengetahui pasangannya sayang akan dirinya, mereka ini akan mengalang pandangan matanya hanya untuk memandang wanita lain. Kalau ada yang lalu sahaja terus sahaja si dia alihkan pandangannya. Yang paling menarik ialah si dia larikan pandangan dari wanita lain tetapi tidak pernah larikan pandangan terhadap anda.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, lelaki ini sukar untuk menyatakan isi hatinya kerana egonya yang tinggi. Tetapi mereka ini akan meluahkan melalui setiap perbuatan yang dilakukan khas untuk wanita yang dicintainya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,201 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen