8 Rahsia Tentang Lelaki Tinggi Yang Wanita Tidak Sedar.

 

Kebanyakan wanita memang suka pada lelaki yang lebih tinggi daripada mereka untuk dijadikan pasangan. Bagi mereka, memiliki lelaki yang lebih tinggi membuatkan mereka rasa selamat dan dilindungi.

Definisi lelaki tinggi bagi wanita adalah 170cm ke atas. Jika boleh, mahu kan lelaki yang mempunyai kaki panjang seperti lelaki dalam drama korea. Tetapi mereka tidak sedar bahawa lelaki tinggi ini sebenarnya agak cerewet dan banyak rahsia.



Jom ketahui, apakah rahsia tersebut!

1. Sebenarnya lelaki tinggi ini kurang suka jika pasangan mahu meminjam kereta mereka. Ini kerana, jika pasangan mereka tidak begitu tinggi, sudah tentu tempat duduk akan dilaraskan. Jadi, mereka agak cerewet dan kurang suka untuk sentiasa melaraskan tempat duduk mengikut ketinggian.

2. Lelaki tinggi seperti tidak boleh menyorokkan diri mereka di tempat orang ramai. Sudah tentu mereka mudah dikenali dan dicam di tempat begitu. Mudah kantoi orang kata.

3. Mereka merasakan soalan ini agak menjengkelkan..“Awak pemain bola keranjang?”..Tidak semestinya mereka yang tinggi adalah pemain bola keranjang, ya.



4. Mereka agak khuatir jika ingin menonton wayang atau pergi ke mana-mana majlis. Orang yang tinggi sentiasa dipersalahkan kerana menghalang pemandangan orang lain. Jadi, mereka terpaksa berdiri di belakang atau duduk dalam keadaan amat tidak menyelesakan diri mereka.

5. Di dalam kapal terbang, mereka mempunyai masalah untuk meluruskan kaki dan itu amat menyakitkan hati mereka. Jika berkemampuan sudah tentu akan memilih tempat yang lebih selesa.

6. Sangat menjengkelkan sekiranya teman wanita atau isteri mereka sering meminta tolong untuk mengambil barang di tempat tinggi. Malah mengemas rumah juga, mereka sentiasa bersihkan kipas dan siling.

Tapi kalau dah sayang, apa salahnya, bukan?



7. Hanya kerana ketinggian mereka, sering pula menjadi bahan bualan. Kadang-kala bagi mereka, ketinggian mereka hanya lah untuk kepentingan orang ramai sahaja. “Jadi, kau nak kawan dengan aku sebab aku tinggi?”

8. Perkara yang paling menjengkelkan apabila untuk bergambar selfie. Sama ada si wanita perlu menjengketkan kaki atau lelaki perlu membongkok. Eh, jangan sebabkan ketinggian kalian berdua bergaduh. Hehe.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,609 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen