Tanda-Tanda Anak Sulung Dan Anak Bongsu Adalah Pasangan Yang Serasi.

 

Dari dahulu lagi telah diperkatakan bahawa anak sulung dan bongsu ini adalah satu pasangan serasi yang tidak dapat disangkal lagi. Ibu bapa pasangan ini juga dikatakan lebih mudah untuk merestui perhubungan pasangan ini kerana keserasian yang mereka miliki. Bukan itu sahaja, apabila anak mereka ingin mencari pasangan, ibu bapa selalunya akan lebih menyuruh pasangan ini bergabung dalam satu perhubungan berbanding memilih yang lain.



Mengapa anak sulung dan anak bongsu ini serasi? ini dia empat sebab anak sulung dan bongsu ini dikatakan lebih serasi.

1. Sifat manja dan pelindung.

Anak sulung terkenal dengan sifat melindungi manakala anak bongsu pula lebih terkenal dengan sifat manjanya. Jadi jika mereka ini menjalinkan perhubungan, sudah pasti keakraban mereka ini lebih mudah terbentuk. Dan si sulung akan bertindak untuk melindungi pasangannya. Dan tahu bagaimana melayan kerenah manja pasangannya.

2. Bertolak ansur.

Mereka juga dikatakan lebih mudah untuk bertolak ansur. Walaupun terdapat sedikit ketidak sefahaman, namun salah seorang dari mereka akan mudah cepat untuk mengalah. Dan pergaduhan mereka juga tidak akan mengambil masa yang lama. Serta cepat untuk mencapai kata sepakat.


3. Lebih memahami.

Di samping itu juga, mereka ini dikatakan lebih memahami. Mengapa? kerana mereka ini akan berkelakuan seperti adik-beradik yang memerlukan satu sama lain. Walhal mereka ialah sepasang kekasih yang saling memerlukan antara satu sama lain.

4. Lebih mesra.

Kelakuan dan tindak balas yang lebih mesra menyebabkan mereka ini dikatakan lebih serasi bersama. Biasanya agak sukar untuk pasangan bermesra di hadapan orang lain. Tetapi bagi mereka itu adalah satu hal yang biasa untuk bermesra di hadapan orang. Ia bukan untuk menunjuk tetapi lebih kepada perbuatan semula jadi.

Bagaimanapun, jika sudah tertulis jodoh mereka, pasti keserasian itu akan timbul pada waktu yang tepat. Dan keserasian itu bukan hanya miliki perhubungan anak sulung dan bongsu, tetapi adalah milik semua orang. Jadi anda perlu tahu bagaimana untuk memikat hati pasangan anda, tidak kira lah mereka ini anak sulung, bongsu ataupun yang ketiga.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen