Lelaki Harus Elakkan 4 Kata-Kata Ini Kepada Wanita.

 

Jangan ingat lelaki sahaja rimas dengan sikap wanita yang sering mengada, merengek dan manja. Sikap lelaki yang kurang berbicara dan acuh tak acuh juga membuatkan wanita menjadi jelek untuk melayan anda wahai lelaki.

Paling utama apabila lelaki itu mempersoalkan kata-kata yang sangat menjengkelkan, malah ‘sudah terang lagi bersuluh’.  Siapa sahaja yang suka di tanya berulang kali dengan soalan yang sama bukan?



Jadi, kata-kata yang bagaimana akan membuatkan wanita ini bakal ‘naik hantu’?

1. “Awak tengah period eh?”

Sebagai lelaki, memang anda kurang peka waktu dan masa wanita kesayangan anda akan mengalami senggugut atau period. Jika sudah diberitahu pada awal minggu bahawa si dia tiada mood kerana period, lelaki jangan pula menghiraukan kenyataan mereka.

Tanda kan bintang pada kalendar atau bersiap sedia lah setiap bulan. Anda tahu, sudah tiba masanya sikap mereka akan tiba-tiba moody, tetapi suka pula anda bertanyakan soalan yang sama apabila si dia tiada mood. Lagi bengang la wanita itu nanti.

Tidak semestinya mereka tiada mood ketika itu, hanya kerana period. Mungkin disebabkan hal-hal lain.

2. “Awak gila eh?”

Jika anda melihat wanita kesayangan anda meroyan, meluahkan perasaan dengan suara yang agak marah dan mata yang terjegil-jegil, jangan pula anda sebagai lelaki bertanyakan soalan ini pada mereka. Tetapi, jika anda mahu melihat mereka menjadi lebih gila, cuba lah. Hehe.

Cuba anda menjadi tenang, mendengar luahan mereka dahulu, dan bertanya pada nada suara yang lembut. Pasti mereka akan cair.



3. “Kenapa awak nak marah sangat? Bukan masalah besar pun”

Anda ingat semua masalah yang lelaki lakukan adalah masalah kecil bagi wanita? Jangan fikir begitu, cara pemikiran wanita dan lelaki sangat berbeza. Wanita memang gemar membesarkan sesuatu masalah, jadi jangan sesekali anda mengeluarkan kenyataan yang negatif.

Tetapi harus mengeluarkan kenyataan yang positif, maka akan jadi positif lah keadaan pada masa itu.

4. “Cuba awak bertenang”

Lelaki jangan ingat, kata-kata ini akan membuatkan wanita tenang. Tidak semua wanita akan mudah bertenang jika lelaki mengeluarkan kenyataan ini. Jika anda telah melakukan satu kesalahan yang besar, anda ingat wanita mudah untuk bertenang?

Lebih baik anda memberi solusi sahaja daripada menyuruh mereka untuk bertenang.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen