Ciri-ciri Wanita Independent.

 

Setiap manusia mempunyai kerekter yang berbeza-beza mengikut keadaan. Antara faktor yang mempengaruhi seseorang adalah disebabkan persekitaran keluarga, rakan dan orang terdekat. Wanita independent mudah terpengaruh disebabkan faktor keluarga. Kemungkinan kebanyakkan dari adik beradik mereka lelaki, terbiasa hidup dalam keadaan susah menyebabkan mereka perlu berdikari atau tidak suka untuk menyusahkan orang lain. Antara ciri-ciri wanita independent adalah:



1. Mampu melakukan aktiviti sendiri.

Mereka ini, campaklah kemana sahaja, boleh jalan punya. Tidak memerlukan teman untuk melakukan apa-apa aktiviti. Suka berjalan sendiri, makan sendiri, travel sendiri. Semuanya akan dirancang tanpa melibatkan orang lain. Nak join, boleh. Tak ada masalah. Tapi, kena hadap jugalah cabaran bersama mereka. Sebab mereka tidak kesah dengan cabaran. Hehe jiwa kentallah katakan.

2. Berbeza dari kebiasaan.

Jika kebanyakkan wanita takut untuk melakukan hal di luar jangkauan. Mereka seronok untuk mencuba benda yang baru. Baginya, barulah best hidup ini jika dapat jadi orang yang lain daripada yang lain.

3. Lasak.

Apa saja, redah je. Setakat panjat-panjat tu apalah sangat. Panjat gunung pun no hal. Kereta manual? Tak ada masalah. Kan dah belajar memandu, belasah je. Kalau terlanggar sikit tu adatlah. Opss! Hehehe

4. Tidak suka dikongkong.

Apabila dia kata nak, jawapan yang mesti diberikan ialah ‘ya’. Kalau tidak habislah. Adalah usaha-usaha yang dirancang untuk melepaskan diri. Tak pun mereka akan pergi tanpa meminta kebenaran. Huh. Kalau dalam rumah tangga, berat ni. Hati-hati ya kaum adam.

5. Ramai kawan.

Walaupun dia suka bersendirian, dia tidak takut untuk berdepan dengan orang ramai. Baginya, networking itu penting untuk membina karier dimasa akan datang. Siapa saja akan menjadi kenalannya. Jadi, jangan hairan jika dia berada jauh dari tempat asal sekalipun, orang lain akan bertegur sapa dengannya. Tapi, yang istimewa tetap menjadi nombor satu dalam hidup mereka.


Apapun, jika anda seorang wanita begini, awasi pergaulan dan sering juga untuk merendah diri. Usah selalu membantah. Tak elok tu. Awak tu perempuan. Hehe Jika anda seorang lelaki dan mendapat pasangan begini, sabar dan handle mereka dengan baik. InsyaAllah mereka akan tunduk dengan orang yang mereka sayang.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen