Cara Membezakan Wanita Baik Dengan Wanita Pisau Cukur.

 

Al-maklumlah. Zaman makin mencabar, teknologi juga semakin canggih. Untuk membezakan yang benar dengan yang palsu juga agak sukar. Lebih-lebih lagi jika sudah cinta atau sayang terhadap seseorang. Apapun, ada caranya untuk membezakan wanita yang baik dengan wanita pisau cukur.



1. Personaliti.

Wanita pisau cukur mempunyai penampilan yang menggoda. Ehem! Maaf saya katakan, dengan penampilan tersebut membuatkan lelaki terpikat bahkan wanita begini sangat murah jika dibeli dengan wang. Huh! Wanita baik tidak kisah dengan penampilan asal kemas cukup. Nanti dah kahwin, barulah cantik-cantik depan suami kan?

2. Perasaan.

Apa kisah dengan cinta dan perasaan. Asal yang dimahukan, dapat. Bahaya! Jika anda bersama dengan wanita lain untuk berdiskusi misalnya, sedikit pun tidak heran. Berbanding dengan wanita baik, semestinya dia akan cemburu dengan kelakuan tersebut.

3. Perwatakan.

Semestinya wanita pisau cukur akan lebih baik dengan anda. Semuanya dia iakan saja. Tiada yang salah melainkan benar belaka. Sebab apa? Sebab tak mahu kehilangan ‘wang anda.’ Wanita yang baik, pastinya wang bukan segala-galanya baginya. Asalkan lelaki tersebut berusaha untuk memperbaiki diri dan bekerja bersungguh-sungguh. Itu yang lebih utama.

4. Latar belakang.

Pastinya, siapa dia? Asal dari mana? Semuanya akan menjadi rahsia. Jika diungkap,mungkin saja direka. Bahkan latar belakang anda pun tidak diambil tahu. Asalkan wang masyukkk. Bagi wanita baik, latar belakang keluarga dan sahabat amat penting. Lebih-lebih lagi yang serius untuk melangsungkan perkahwinan.


So, jika ciri-ciri wanita kaki kikis ini ada pada teman wanita anda, tinggalkan saja. Buang masa dengan orang begini. Nanti semuanya dirampas. Carilah yang benar-benar ikhlas berkawan dan betul-betul yang boleh dijadikan isteri. Baik akhlak serta agamanya. Itu yang utama. Selamat mencari pasangan hidup!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen