Kelebihan Mempunyai Pasangan Lelaki Tak Romantik. Pelik Tapi Benar.

 

Eh. Best ke ada pasangan tak romantik? Adoi. Lemah betul. Iyalah, nama pun wanita. Wanita suka jika dirinya dihargai, sesekali mahu juga bergurau senda, bermanja-manja dengan orang yang dia sayangi. Tapi hakikatnya tidak semua lelaki mempunyai sifat begitu. Tapi, jangan risau. Mereka juga mempunyai kelebihan yang tersembuyi. Apa? Jom baca.



1. Jujur.

Apabila mereka tidak romantik, sebenarnya mereka telah jujur dengan sikapnya sendiri. Tidak perlu hipokrit dengan tingkah laku. Iyalah. Sebelum berkahwin bukan main lagi, lepas kahwin hampeh.

2. Matang.

Orang yang mempunyai sifat matang tidak akan mempermain dengan cinta. Cinta itu murni. Mereka mahu memberikan cinta pada masa dan waktu yang tepat. Bila dan dimana? Lepas kahwin nanti awak. Ehem!

3. Macho.

Apa beza macho dengan bapuk? Pasti ada beza bukan? Maaf saya katakan, orang yang bapuk suka dengan hal-hal kewanitaan. Jadi, mereka sedikit sebanyak faham akan kesukaan wanita. Untuk melakukan hal yang disukai wanita, mudah baginya. Sekiranya pasangan anda tidak romantik, percayalah, dia adalah lelaki sejati. Hehehe

4. Tidak mempermainkan anda.

Tak kahwin lagi, jadi kenapa perlu terlalu bermesra dengan yang belum halal. Bila dah kahwin, kau tunggu sajalah sifat-sifat tersebut akan muncul dengan secara tiba-tiba. Sebab mereka ini mempunyai prinsip, mencintai hanya kepada halal saja. So, anda dikategorinya orang speciallah. Tak ke untung tu? Hehe

5. Ada caranya tersendiri.

Bukan tak nak romantik, tapi mereka ada cara tersendiri untuk mengexpresikan romantik tu. Sebab mereka ni hero. Bila susah, dia akan bantu. Bila kurang, dia cukupkan. Itulah hero, dia suka bila dirinya membantu orang. Lebih-lebih lagi orang yang dia sayang. Pasti dia tolong.


So, kalau dapat pasangan tak romantik, jangan kecewa. Orang tak romantik ni insyaAllah setia pada yang satu. Tak adalah nanti lepas kahwin dia main belakang. Haa mana yang korang nak? Pasti yang setia bukan? Apapun, seorang lelaki perlulah berlemah lembut dengan wanita. Jaga dirinya baik-baik. Itu yang terbaik untuk dilakukan. Nak romantik, lepas kahwin ya. Barulah sweet. Ehem!


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,365 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen