Hikmah Menghadapi Kesusahan Di Alam Perhubungan.

 

Tidak semua kemewahan, kesenangan dan kebahagiaan itu adalah benda yang baik buat diri. Kadang kala Allah memberikan kesusahan pada ketika ini sebagai peringatan buat diri supaya menjadi lebih baik dimasa yang akan datang.

Putus cinta dengan pasangan? Duit hantaran masih tak cukup-cukup? Itu semua adalah lumrah kehidupan. Lalui saja dengan tenang semua itu. Kerana Allah itu maha mengetahui kemampuan hamba-Nya apabila dia menguji seseorang.



Percayalah. Setelah hujan, pasti ada pelangi. Mintalah kepada Allah agar diganti dengan yang lebih baik setelah ditimpa musibah. Antara doa yang dianjurkan untuk kita baca adalah:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’un 
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Allahumma’Ajurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khaira Minha
Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.

Setelah mengamalkan doa ini, mudah-mudahan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah tersebut. Ujian tidak semestinya menjadikan kita hina. Ada orang, apabila diuji, mereka bangkit untuk meneruskan perjuangan hidup.



Ujian menyebabkan seseorang menjadi manusia yang lebih baik. oleh itu, tidak perlulah berlama-lama dalam kesedihan. Kerana kita tahu, ia akan membuang masa dengan berbuat hal demikian. Apapun ujian yang datang, sabar

Kita patut bersyukur apabila diuji. Kerana dengan ujian tersebut dapat menghapuskan dosa kita yang lalu, akan diangkat darjat oleh Allah sekiranya kita bersabar, dan terhindar daripada kelalaian yang sebelum ini kita lakukan. Bukankah itu lebih baik daripada kita terus dalam kesenangan sehingga lupa kepada pencipta.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen