Jodoh Itu Kadang Kala Ajaib. Kenapa?

 

Dalam soal jodoh, kita hanya mampu berusaha untuk mendapatkannya. Siapa dan dimana kita ditemukan jodoh akan ditentukan oleh Allah. Kadang kala dengan cara yang tidak disangka-sangka. Perkahwinan seperti magis. Sebab?



1. Benci jadi cinta.

Orang kata, kalau bencikan seseorang, jangan extreme sangat, nanti jatuh cinta pula. Ini adalah kenyataan. Banyak di antara kita memang tidak suka akan pasangannya ketika suatu masa dahulu, akhirnya dipertemukan jodoh entah bagaimana pun kita tidak tahu. Kan? Jadi, berpada-padalah membenci sesiapa pun.

2. Jauh jadi dekat.

Asalnya tidak pernah bertemu. Bahkan jika berfikir, macam tidak mungkin saja akan berjodohan dengan orang yang teramat jauh. Misalnya berkahwin dengan orang luar negara. Lebih dasyat, kedua-duanya tidak mampu untuk memahami komunikasi antara satu sama lain. Bayangkan, masing-masing menggunakan bahasa yang berbeza untuk bercakap. Ibarat itik dengan ayam. Mujur saja berada di zaman moden. Jadi apa susah, minta saja bantuan pak cik Google Translate untuk terjemah bahasa masing-masing. Hehehe

3. Jodoh depan mata.

Alahai. Jauh-jauh merantau, tak sangka pula boleh jatuh cinta dengan orang sebelah rumah saja. Bila ditanya, kahwin dengan orang negara mana? Sebelah rumah je. Kah! Itulah cinta. Kadang tak terjangkau di fikiran.

4. Perbezaan umur ketara.

Ada juga pasangan yang berjodohan dengan umur yang sangat jauh. Lelaki umur 40 tahun, wanita umur 20 tahun. Ataupun wanita 30 tahun, lelaki 20 tahun. Ramai yang cakap, macam tak sesuai saja perempuan tu kahwin dengan orang muda. Eh! Dah jodoh, apa boleh buat kan? Okey. Sudah-sudah, membawang pula kita nanti. Hehehe


Yang belum bertemu jodoh, usah terlalu risau. Mana tahu jodoh anda belum lahir lagi. Eh! Hehe Gurau saja. Apapun, setiap pasangan pasti mempunyai memori yang tersendiri saat dipertemukan. Ingat detik-detik indah itu sehingga akhir hayat. Pasti ia menjadi kisah lucu apabila dikenang kelak.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,164 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen