8 Tanda Lelaki Yang Anda Baru Berkenalan Memang Untuk Berkawan Sahaja Dan Bukan Untuk Bercinta.

 

Apakah tanda-tanda lelaki yang anda baru sahaja berkenalan, mereka seperti mahu ambil kesempatan pada anda, tidak serius mahu pun hilangkan bosan? Jom baca!

1. Si dia sentiasa sibuk.

Anda seperti tidak kisah jika tidak dapat bertemu hanya kerana si dia sibuk menguruskan hal sendiri, tetapi kesibukan mereka tidak masuk akal. 7 pagi ada larian marathon, tengah hari agihkan makanan di rumah anak yatim piatu, petang berniaga di pasar hingga lewat malam kerana ada uptown. Musykil?



2. Si dia batalkan temu janji lebih daripada 2 kali.

Sekali atau 2 kali anda seperti tidak kisah, dan mahu memberi mereka peluang. Tetapi kerap pula batalkan temu janji, anda seolah-olah merasakan was-was pada mereka.

3. Si dia memberikan jawapan yang tidak berkeyakinan ketika anda serius mahu bertemu.

Jawapan si dia seperti “Hahahaha, oh yeke? Laaaa”

4. Si dia tidak tinggal berdekatan dengan anda.

Semua orang percaya pada pehubungan jarak jauh (PJJ) walaupun sebelum berkahwin. Tetapi di sebabkan si dia terlalu banyak alasan untuk tidak dapat bertemu, jadi anda percaya si dia tinggal berjauhan dengan anda.



5. Si dia tidak memberitahu perkara yang sebenar.

Si dia sebenarnya telah pun  berjauhan daripada tempat tinggal anda, tetapi si dia memberitahu bahawa dia masih lagi di area yang berdekatan dan mahu berjumpa. Tetapi secara tiba-tiba si dia membatalkan pertemuan tersebut.

6. Si dia seperti berusaha untuk merancang temu janji pada last minute.

Seperti point pada nombor 5, si dia tiba-tiba menghubungi anda bahawa dia mempunyai tiket extra untuk menonton wayang. Secara tiba-tiba si dia menyuruh anda bersiap untuk 10 minit sahaja, jika tidak si dia akan batalkan temu janji.



7. Si dia tidak memiliki kenderaan sendiri.

Mereka sentiasa dengan alasan tidak mempunyai kereta sendiri mahupun motor, public transport hanya menyusahkan untuk berjumpa atau pun memberitahu anda kereta mereka di bengkel. ???

8. Si dia tidak pernah bertanyakan pada anda untuk berjumpa.

Paling penting, jika anda sebagai wanita sahaja yang mahu merancang temu janji, dan si dia tidak pernah offer mahu berjumpa, maka lupakan sahaja lelaki begini. Jangan serius terhadap mereka, okay!

Jika 8 tanda ini ada pada lelaki yang anda baru berkenalan, maka berkawan sahaja dengan mereka. Jangan mengharap pada mereka, walaupun anda terlalu suka dan crush pada mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 526,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen