3 Langkah Mengelakkan Diri Dari Termakan Janji Palsu.

 

Kata-kata romantis amat mudah dikatakan oleh sesiapa. Baik lelaki mahupun wanita. Memberi harapan membuatkan kita terpedaya dengan kenyataan tersebut sehingga memakan diri sendiri sudahnya. Adakah kerana sikap terlalu baik kepada seseorang menyebabkan diri dipijak dan diinjak selumat-lumatnya? Semestinya tidak. Kerana memang melakukan kebaikan kepada semua orang itu perlu, apapun mesti dilandasan yang betul. Antara langkah yang boleh dilakukan supaya tidak termakan dengan janji palsu adalah dengan:



1. Selidik latar belakang si dia.

Lihat bagaimana kehidupan si dia sebelum ini. Adakah dia seorang yang baik dan dapat menunaikan janji atau memang kaki penipu. Sekiranya baik, tidak mengapa. Jika tidak, uji mereka dengan langkah seterusnya.

2. Tetap pendirian.

Sikap acuh tak acuh dalam melakukan sesuatu perkara kadang kala menindas diri. Oleh itu, sekiranya si dia berjanji untuk menunaikan apa-apa, tetapkan masa, tarikh dan tempat supaya si dia dapat melaksanakan janji tersebut dengan baik. Sekiranya tidak dihiraukan, bertegaslah. Kerana orang yang tidak dapat menunaikan janji adalah orang munafik.

3. Tindakan susulan.

Buat penilaian keatas si dia setelah kita menetapkan sesuatu perjanjian. Jika benar dia mempunyai masalah untuk melakukan itu, soal dengan lebih lanjut berkaitan dengan hal berkenaan. Jika tidak atau sebenarnya si dia hanya mempermainkan anda, ada baiknya anda melepaskan dia pergi. Bersama dengan orang begini kadang menyakitkan hati. Oleh itu, mintalah maaf kepada si dia, kemudian tinggalkan dia dengan cara yang baik.


Berbuat baik kepada semua orang itu perlu, tetapi apabila telah ditipu dan diperdaya banyak kali akan mengakibatkan kita ditindas. Oleh itu, ketegasan dibenarkan untuk menuntut hak kepada seseorang. Apapun, pilihan di tangan anda. Jika mampu bertahan, silakan. Jika tidak, memutuskan hubungan lebih baik. Tetapi tidak bermakna kita terus membenci mereka. Benci akan sikapnya, bukan benci pada orangnya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,565 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen