Cinta Perlu Diungkapkan.

 

Apabila kita mencintai seseorang, usah dipendamkan di dalam hati. Teruskan mengatakan cinta terhadap si dia. Orang kata, “jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang.” So, kenapa perlu tunggu, teruskan saja apabila berkenan.

Rasulullah s.a.w juga menyarankan kita untuk memberitahu seseorang apabila kita cinta akan orang tersebut. Tetapi, perlu juga istikarah sebelum berjumpa meluahkan perasaan. Minta kepada Allah, jika dia baik untuk anda dan agama maka permudahkanlah segala urusan dalam hal tersebut. Jika tidak, adalah lebih baik berdoa agar dijauhkan dengan si dia daripada memendam perasaan.



Apapun, pastikan menjaga adab apabila meluahkan perasaan kepada seseorang. Ada baiknya jika kita menggunakan perantara dalam mengatakan soal cinta kepada seseorang. Itu lebih menjaga adab dan kesopanan. Serta menjaga maruah antara kedua-dua pihak.

Mintalah bantuan daripada rakan-rakan atau keluarga untuk berjumpa dengan keluarga berkenaan. Jika dia menerima, alhamdulillah. Jika dia tidak menerima, jangan mudah berputus asa. Mungkin dia bukan jodoh kita atau mungkin juga Allah ingin memberikan jodoh yang lebih baik daripada si dia. Oleh itu, bersangka baiklah terlebih dahulu kepada Allah dalam hal ini.


Meluahkan perasaan secara berterus terang juga tidak mengapa. Tetapi perlu menjaga adab apabila berjumpa. Bawalah juga mahram bersama agar terhindar daripada fitnah. Perlu diingatkan, apabila anda menyatakan ingin menjadikan si dia sebagai isteri, kemudian dia bersetuju menerimanya. Itu bermaksud anda dan si dia telah pun bertunang walaupun ketika itu tiada ibu bapa dan sebentuk cincin.

Dalam tempoh berkenalan, usahlah terlalu mesra dengan si dia. Biasa-biasa saja. Kerana takut akan terjebak ke lembah hina. Ketika itu, sesalan tiada guna lagi. Jadi, lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Ambil langkah berjaga-jaga sebelum terkena.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,859 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen