Enam Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercinta Dengan Warga Asing.

 

Ramai yang menyatakan bercinta dengan warga asing itu lebih menyeronokkan apabila mereka ini dikatakan lebih romantik. Tidak dengan hanya romantik, mereka juga dikatakan lebih menghargai kaum wanita. Macam bermulut manis. Pemahaman dan layanan mereka juga dikatakan berlainan berbanding lelaki warganegara. Tetapi sebagai seorang wanita, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengan lelaki warga asing ini.



Enam perkara ini mungkin membantu anda sedikit sebanyak sebelum anda menerima lamaran dari si dia.

1. Sudah bersedia untuk cabaran jarak jauh.

Apabila bercinta dengan warga asing, sudah tentu jarak kampung halaman mereka ini beribu batu jauhnya. Jadi sudah bersedia ke anda untuk menanggung rasa rindu untuk tidak saling berjumpa. Bagaimana pula jika kampung halamannya tidak mempunyai line internet yang memberangsangkan. Bagaimana anda hendak berhubung dengannya. Dan sejauh mana cinta jarak jauh tanpa perhubungan itu akan mampu bertahan.

2. Sudah bersedia memahami budaya yang berbeza.

Dirinya dan juga mempunyai budaya yang berbeza. Mungkin si dia sudah biasa dengan budaya anda di sini. Tetapi, bagaimana dengan anda yang akan menerima budaya dari negaranya. Adakah anda boleh menerima budaya mereka? ataupun anda terpaksa melaluinya hanya kerana anda sayang akan dirinya. Bukan kerana anda betul-betul menerima budaya mereka ini.

3. Sudah bersedia tinggalkan semua demi dia.

Anda mempunyai ahli keluarga di sini, mempunyai kehidupan yang baik serta kerjaya yang berjaya. Anda juga mungkin akan berjauhan dari rakan-rakan anda. Kehilangan tempat mengadu. Tetapi anda perlu meninggalkan semuanya demi untuk mengikutinya pulang ke kampung halamannya. Sudah bersedia untuk semua itu?


4. Sudah bersedia dengan undang-undang perkahwinan yang berbeza.

Setiap negara mempunyai undang-undang perkahwinan yang berbeza. Di mana ia juga mengamalkan adat dan perkara yang berbeza. Anda sudah biasa dengan undang-undang dan adat di negara ini. Jadi mungkin anda akan merasa penolakan dan percanggahan mengenai undang-undang dan adat yang berlainan.

5. Di negara mana yang bakal anda duduk untuk jangka masa yang lama.

Apabila sudah menjadi isterinya yang sah, anda perlu mengikut segala keputusan dan arahannya. Dan anda juga perlu memilih untuk membuat keputusan sama ada untuk tinggal di negara anda atau negara dirinya. Jadi sudah bersedia untuk hidup di negara orang dalam jangka masa yang lama?

6. Bagaimana kesefahaman ahli keluarga.

Perkara yang paling utama adalah keluarganya dan keluarga anda. Mungkin anda dan pasangan sudah menerima segala kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi bagaimana dengan ahli keluarga anda? Mereka bersetuju dengan keputusan anda? Begitu juga dengan ahli keluarganya, mereka sudi menerima anda walaupun berbeza agama, adat dan budaya?

Kesimpulannya, perhubungan yang melibatkan dua negara ini amat sukar sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang rela berkorban, manakala sebelah lagi tidak. Jadi sebelum membuat keputusan, anda seharusnya berfikir dengan bijak. Bukan hanya mengikut kepuasan hawa nafsu dan membuat keputusan melulu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 293,105 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen