Elakkan Melakukan Perkara Ini Terhadap Lelaki.

 

Setiap orang mempunyai karekter yang berbeza. Lebih-lebih lagi antara lelaki dan wanita. Sudah tentunya sifat antara kedua-duanya berlainan dan perlu dikontrol apabila bersama pasangan. Ada beberapa perkara yang tidak disukai lelaki apabila wanita melakukan ini.



1. Mengumpat.

Mengikut kajian, wanita semenangnya mengeluarkan banyak perkataan setiap hari berbanding lelaki. Dengan sebab itu juga mereka terdorong untuk mengumpat. Tetapi bagi lelaki, sikap itu tidak digemarinya. Itu tanda seseorang tidak matang. Oleh itu, apabila berhadapan dengan mereka, hindarilah.

2. Mengongkong.

Lelaki memang sukakan kebebasan. Wanita ‘queen control’ menyebabkan dia rimas dan merasa dia seolah-oleh budak kecil. Oleh itu, jika ada perkara yang tidak disukai oleh anda, tegur secara baik. Tunjukkan juga contoh yang baik kepada mereka, pasti mereka akan berubah.

3. Bertanya soalan yang sama berulang kali.

Jika soalan itu sudah ditanya, usahlah mengulangi soalan tersebut dilain-lain masa. Ini akan menyebabkan seorang lelaki menyampah dengan sikap anda. Lebih-lebih lagi jika berkaitan dengan perasaan dan hati.

4. Gedik.

Berlebihan dalam bermanja menjadikan seorang lelaki bosan dan muak. Sesekali bersikap matanglah. Lebih-lebih lagi jika memang benar-benar dia sedang serius. Kalau anda mengambil sikap acuh tak acuh, jangan terkejut jika si dia naik angin.

5. Suka mengarah.

Bezakan antara arahan dan minta tolong. Arahan menyebabkan lelaki akan merasa tidak dihormati. Oleh itu, ubah arahan misalnya “ambilkan buku itu kejap” kepada “awak, tolong ambilkan buku itu kejap.” Tetapi janganlah selalu juga meminta tolong. Rimas kot.


Apapun, hormati berbezaan sikap antara lelaki dan wanita. Saling memahami dan melengkapi antara satu sama lain akan menambah keharmonian dalam perhubungan. Oleh itu, jika anda seorang wanita yang suka melakukan hal ini dalam perhubungan, hindari dengan segera sebelum si dia bertindak mengikut emosi kelak. Hati-hati.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,220 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen