6 Perkara Yang Dilakukan Oleh Lelaki Akan Membuatkan Wanita Mudah Jatuh Cinta.

 

Tidak semua lelaki itu romantik. Bagi mereka romantik biar lah spontan supaya si wanita akan lebih merasakan lebih dihargai dan di cintai. Tetapi kadang-kala secara spontan juga tidak dapat membuatkan wanita mudah jatuh cinta, mungkin salah teknik dan kurang berpengalaman.



Jadi, perkara apa yang lelaki boleh lakukan, supaya wanita akan mudah jatuh cinta pada anda? Jom baca!

1. Memberi bunga.

Lelaki zaman sekarang menganggap wanita tidak lagi suka pada bunga, kerana wanita millennial bagaikan hanya sukakan makanan dan barang mekap. Tetapi tidak salah jika sekali-skala memberi sekuntum bunga untuk wanita, mereka pasti akan tersenyum sepanjang hari.

2. Mengambil gambar dan berkongsi dengan mereka.

Untung jika si lelaki adalah seorang jurugambar, pasti setiap momen mereka akan mengambil gambar dan membuat kenangan. Apa kata anda sebagai lelaki, print gambar kekasih anda, dan bingkaikan gambar tersebut. Pasti ia akan jadi lebih berharga.



3. Memuji mereka dengan kata-kata manis.

Kadang-kala lelaki akan di anggap sweet talker oleh wanita. Tidak salah anda menjadi sweet talker, tetapi biarlah ia serius dan bukan main-main. Jangan mainkan perasaan wanita lalu meninggalkan mereka. Kerana itu sweet talker sering di anggap ‘penjenayah’ menghancurkan perasaan wanita.

Jangan lemparkan sweet talker anda, jika tidak serius pada wanita tersebut. Berkata-kata manis lah pada wanita yang anda cintai dan sayang sahaja.

4. Memberi surat dengan tulisan tangan anda.

Zaman sekarang, segalanya hanya dengan telefon bimbit dan komputer sahaja. Tetapi kita lupa bahawa, dengan memberi surat atau kad yang mempunyai tulisan tangan kita, mampu membuatkan ia menjadi lebih dihargai. Malah sentimental value menjadi lebih tinggi.



5. Menatap mata mereka.

Lelaki perlu tahu bahawa jika anda  menatap mata wanita dengan lebih lama si dia akan merasakan dialah satu-satunya orang yang anda sayang. Malah wajah mereka akan akan merah padam dan malu, dalam diam hati mereka berbunga-bunga.

6. Memberi hadiah.

Sebahagian wanita amat suka kan kejutan. Lelaki tidak perlu hanya memberi hadiah ketika ulang tahun perkahwinan atau hari jadi mereka. Jika anda merasakan anda mahu memberi mereka sesuatu, lakukan segera, tidak perlu tangguh lagi, lebih-lebih lagi jika hadiah tersebut adalah barang kesukaan mereka!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen