Lelaki Sejati Akan Berusaha Menghalalkan Wanita Yang Dicintai.

 

Mengungkap kata cinta amat mudah bagi seorang lelaki. Tetapi, buat lelaki sejati, dia mempunyai prinsip yang tersendiri. Cintanya hanya akan diberikan kepada orang yang benar-benar dia kasihi dan sayangi. “I love you.” Ungkapan itu akan diucapkan kepada yang halal sahaja.

Untuk menjadi lelaki sejati, dia juga telah mempersiapakan diri dengan sebaik mungkin. Ilmu agama terus dipelajari kerana dia tahu akan tanggungjawab yang perlu ditanggung kelak terletak di bahunya. Seluruh keluarga menjadi amanahnya. Jika keluarga berbuat dosa, dia jugalah yang akan menanggung akibat di akhirat kelak.



Rasulullah s.a.w dijadikan teladan dalam kehidupannya. Suka menerima nasihat daripada sesiapa sahaja hatta dari seorang budak kecil. Dengan demikian menunjukkan kerendahan hatinya dengan seseorang. Dia juga mencerminkan seorang pemimpin sebenar. Iaitu leader, bukan boss.

Leader bersifat menerima teguran, suka menasihati dan membimbing orang bawahannya dengan cara yang berhemah dan berlemah lembut. Boss pula hanya mengarah dan sering juga merendahkan orang lain, mengherdik dan memukul orang bawahannya.


Lelaki sejati, janjinya ditepati. Apabila dia katakan mahu berjumpa ibu ayah untuk melangsungkan perkahwinan, pasti dia akan tunaikan. Tidak mahu menjadi orang munafik katanya. Lagipun kenapa perlu berlama-lama dalam hal kebaikan. Adalah lebih baik dia terus mendapatkan wanita yang dia sayangi dari diambil oleh orang lain.

Apa sahaja cara untuk mendapatkan wanita tersebut pasti akan dilakukan. Yang pastinya bukan dengan cara yang haram. Berusaha keras untuk memenuhi permintaan calon ayah dan juga ibu mertua. Dia percaya, walau pahit diawalnya, pasti kemanisan akan terasa dipenghujungnya.

Pilihan terletak pada seorang wanita. Samaada mahu menerima lelaki tersebut mahupun menolak. Jika lelaki sebaik ini yang wanita tolak, maka rugilah kehidupan wanita tersebut. Pastinya akan kecewa apabila kehilangan lelaki itu. 


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen