Cara-Cara Pikat Hati Wanita Dalam Masa Yang Singkat.

 

Wanita ini tidak mudah untuk dipikat. Kadang-kadang mereka ini umpama jinak-jinak merpati. Nampak macam boleh tangkap tapi terlepas juga. Tapi kalau kena denga cara yang betul, mudah saja nak memikat hati kau wanita ini. Apa yang penting cara dan usaha yang akan dikeluarkan oleh seseorang itu. Tapi ramai sahaja lelaki yang tidak tahu cara menambat hati wanita dengan cara yang mudah dan cepat ini.



Mungkin cara-cara ini dapat membantu anda untuk memikat wanita yang anda sukai dalam masa yang singkat.

1. Jadi diri sendiri.

Dalam memikat hati seseorang agak sukar jika kita tidak menunjukkan sifat semula jadi kita. Di mana setiap tingkah laku kita akan menjadi kaku dan pura-pura. Jadi bila anda tunjukkan sifat anda yang sebenar, si dia akan berasa lebih selesa dan mudah untuk terpikat dengan anda. Si dia juga akan mudah untuk berkawan dengan anda.

2. Bercakap mengenai perkara wanita suka.

Wanita akan suka seseorang yang mengambil berat mengenainya dan mengambil hatinya. Jadi anda perlu selalu berbual dan bercakap mengenai sesuatu yang si dia suka. Kalau boleh jadi tempatnya mendengar segala keluhan isi hatinya. Biasanya wanita cair bab-bab ini. Nanti barulah si dia mudah terjatuh hati pada anda.

3. Berani membuat kelainan.

Jika si dia pernah bercerita mengenai pengalaman cintanya. Maka anda jangan sesekali lakukan perkara yang sama dengan pasangannya dahulu. Walaupun sifat pasangan lamanya mempunyai persamaan dengan anda, kalau boleh cuba untuk berubah. Cuba lakukan satu yang lain demi memikat hatinya. Kalau tidak nanti ia hanya mengingatkan anda mengenai pasangan lamanya.


4. Mengajaknya bergurau.

Wanita adalah seseorang yang mudah terhibur. Lagi-lagi bila anda lakukan aksi lucu yang mencuit hatinya. Pasti bergelak sakan. Tidak pun lakukan sesuatu yang tidak pernah dijangkanya. Pasti hati si dia terhibur dengan kelakuan anda yang menyenangkan.

5. Sentiasa ada di sisinya.

Ini adalah perkara yang wanita selalu inginkan, seseorang yang setia di sisinya. Walaupun ia agak menakutkan sedikit kerana, berkemungkinan si dia akan ‘friendzone’ anda tetapi anda tetap juga boleh cuba nasib. Mana tahu ia menjadi kepada anda.

Wanita ini semakin anda kejar ia menjauh, semakin anda menjauh si dia buat tak tahu. Jadi sebelum pikat hatinya kenali dahulu kelakuannya. Agar anda tidak mudah putus asa dan kecewa apabila berusaha untuk mendapatkannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen