5 Alasan Utama Kenapa Lelaki Tidak Suka Wanita Bermekap Tebal.

 

Kini heboh lelaki tidak gemar melihat wanita yang bermekap tebal. Lelaki mahu melihat wanita dengan wajah yang natural beauty, tetapi jika melihat wanita yang tidak bermekap langsung, pucat pula katanya. Betul ke?



Bukan tidak bermekap langsung, cuma cukup sekadar menambah seri muka sehingga wajah tidak menjadi jelek. Jadi jom baca 5 alasan mengapa lelaki tidak suka wanita bermekap tebal?

1. Nampak wanita lebih yakin.

Bagi lelaki, jika wanita mampu keluar rumah tanpa secalit mekap, kelihatan mereka sangat berani dan yakin dengan diri sendiri. Lelaki menganggap wanita yang yakin dengan keterampilan diri adalah sangat seksi.



2. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu obsess dengan mekap.

Obses sehingga nak pergi lepak mamak pun, perlu mengenakan mekap sehingga si lelaki menunggu lama wanita ini bersiap. Malah sebenarnya, lelaki sangat buntu apabila menemani wanita untuk membeli barang mekap selama beberapa jam. Mahu bercinta dengan mekap atau manusia ya?

3. Naked face.

Jika lelaki boleh menerima wanita yang seperti baru bangun tidur, tiada mekap secara total, pilih lah lelaki ini wahai wanita. Lelaki memang suka jika melihat naked face wanita, kerana ia kelihatan seksi. Tidak lah si lelaki terkejut apabila melihat muka anda apabila telah berkahwin nanti, bukan?



4. Sebenarnya lelaki tidak suka menunggu wanita bersiap dengan lama.

Bermekap tebal sudah tentu ia akan mengambil masa yang terlalu lama. Motif? Anda bukan perlu menghadirkan diri pergi ke mana-mana majlis glamour, tetapi hanya untuk bertemu janji dengan si dia sahaja. Cukup jika mampu mencairkan hati si lelaki yang melihat anda.

5. Lelaki mahukan wanita yang cantik diluar mahu pun di dalam.

Sedar lah wahai wanita, jika anda sanggup bersiap lama hanya untuk bermekap tebal, tetapi tidak pula meluangkan masa yang lama untuk solat dan mengaji, mak mertua pun bakal reject anda! Muka cantik, tetapi sikap buruk, tiada siapa juga yang mahu kan anda kelak! Hati-hati!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,260 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen