Apa Wanita Pandang Pada Seorang Lelaki?

 

Orang kata, “dari mata, jatuh ke hati?” Normal. Wanita juga mempunyai perasaan suka, cinta terhadap lelaki. Sama seperti lelaki. Tetapi mengikut kesesuaian. Banyak faktor yang mendorong seorang wanita jatuh cinta terhadap lelaki. Salah satunya kerana:



1. Penampilan.

Ada wanita suka lelaki berkaca mata, nampak smart dan berdedikasi gitu. Bila botak, nampak macho. Badan sado, nampak gagah perkasa. Bila pakai serban, kopiah nampak handsome dan suci je. Itu pandangan fizikal yang boleh membuatkan hati wanita terpikat.

2. Kesungguhan.

Dedikasi seorang lelaki dalam melakukan sesuatu mendorong wanita mempercayai bahawa lelaki tersebut dapat menjadi imamnya yang baik suatu hari kelak. Macam terbayang-bayang gitu si dia pergi kerja, dia salam dulu depan pintu. siapkan pakaian, makanan suami sebelum mereka kerja. Ehem!

3. Agama.

Bila ke masjid, mata liar je tengok lelaki-lelaki muda. Hoho Niat. Niat beb! Betulkan. Tapi itulah hakikat. Nak juga mencari lelaki yang soleh kan? Nak-nak lagi lelaki tersebut dapat menjadi imam, suara sedap mengalunkan bacaan al-Quran atau mengumandangkan azan. Huh. Sejuk je hati dengar. Hehehe

4. Romantis.

Mana-mana wanita, pastinya suka akan lelaki yang bermadah pujangga. Tapi janganlah sampai mempermainkan perasaannya. Tak baik tu. Kalau nak, minta elok-elok dengan mak ayah mereka. Kalau tak nak, tinggal lebih baik. Daripada wanita tersebut bermain tanda tanya.


Kewangan juga penting. Tapi bagi wanita yang baik, wang bukan segala-galanya bagi mereka. Asalkan lelaki tersebut dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh, memberikan nafkah sebaik mungkin kelak, menjadi seorang suami yang berwibawa sudah cukup membahagiakan mereka. Kan gadis cantik molek?


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen