7 Ciri-Ciri Anggota Badan Lelaki Yang Membuat Wanita Lebih Tertarik!

 

Jika sebelum ini anda pernah baca 7 ciri-ciri anggota badan wanita yang menarik perhatian lelaki, kali ini jom ketahui apakah yang akan dipandang dahulu oleh wanita terhadap lelaki atau jejaka idaman mereka.

1. Posture badan yang cantik.

Jika anda sedar, lelaki yang bersukan atau ahli-ahli athlete kebanyakan daripada mereka pasti dapat memiliki wanita yang cantik. Ini kerana menurut kajian, wanita memang mudah tertarik pada ahli sukan kerana posture badan mereka yang seakan perfect.  

Sebahagian daripada mereka tidak lah terlalu sado pula, tidak pula terlalu membongkok atau kurus. Memang sedap mata si wanita ini memandang.



2. Bahu dan dada yang bidang.

Wanita memang mudah tertarik pada bahu dan dada lelaki yang bidang. Bonus jika ia berotot sedikit, tanda anda pernah pergi ke gym untuk work out. Bagi mereka, lelaki yang mempunyai bahagian badan seperti ini, lebih memberi mereka perlindungan dan merasa lebih selamat berdampingan.

3. Badan dengan V-Shaped.

Posture badan yang menarik, sudah tentu lelaki akan memiliki V-shaped jika dilihat daripada belakang. Wanita juga sangat gemar melihat belakang tubuh badan lelaki sebenarnya, bukan hanya lelaki sahaja. Bagi wanita, lelaki seperti ini lebih macho dan bergaya.



4. Bahagian tangan dan lengan yang berotot.

Memiliki fizikal yang cantik, sudah tentu badan akan berotot. Berotot bukan terlalu sado, tetapi wanita akan cair apabila melihat lelaki menyinsing lengan baju hingga ke siku dan melihat tangan anda yang berurat. Bagi mereka, tangan lelaki seperti ini kuat bekerja.

5. Muka.

Sebahagian wanita gemar lelaki yang memiliki jaw line yang agak tajam dan berbentuk petak. Di tambah pula dengan bahagian mata yang agak ke dalam dengan dahi yang luas. Kelakian lelaki akan terserlah apabila mereka pandai mengambil gambar dengan sudut yang menampakkan jaw line anda.



6. Mulut dan senyuman.

Selain lelaki yang amat menggemari senyuman wanita, wanita juga amat mudah mendekati dengan lelaki yang memiliki barisan gigi yang teratur. Senyuman senget si lelaki juga bakal mencairkan hati wanita.

7. Rambut.

Rambut yang kemas dan potongan yang sesuai dengan muka juga mampu menggetarkan jiwa wanita. Jadi pastikan rambut anda sentiasa disisir rapi dengan kemas, ya!



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,218 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen