Ciri-Ciri Lelaki Yang Tidak Patut Ditinggalkan.

 

Wanita mungkin sangat memeningkan kepala bagi seorang lelaki, tetapi lelaki ini lebih menakutkan bagi seorang wanita. Mengapa? kerana sifat ego mereka ini menyebabkan mereka ini menakutkan. Hal ini kerana dengan ego, mereka mampu melakukan pelbagai jenis perkara yang mungkin akan melukakan hatinya sendiri dan hati pasangannya. Tetapi tidak semua lelaki begitu, ada juga yang sanggup merendahkan ego mereka demi pasangan mereka. Tapi itu kalau betul-betul dah sayang sangat lah.



Bagaimanapun jangan risau, kerana pasangan yang mempunyai empat ciri ini adalah pasangan yang terbaik dan tidak patut ditinggalkan. Rugi kalau lepaskan.

1. Sentiasa mengingati tentang aurat.

Kalau cinta itu hanya mampu mengangkat nafsu sahaja tidak berguna. Kerana cinta itu bukan nafsu tapi lebih kepada perasaan. Jadi jika anda memperoleh pasangan yang mampu mengingatkan anda tentang aurat dan masa solat. Dia adalah yang terbaik. Kerana sukar untuk mencari lelaki seperti ini pada masa kini.

2. Berusaha untuk menjadi lebih baik.

Dirinya tahu bahawa dirinya banyak kekurangan, tetapi dirinya masih berusaha untuk menjadi lebih baik. Tetapi bukan dirinya sahaja yang berusaha menjadi baik, anda juga diajak bersama untuk berubah ke arah kebaikan. Si dia tidak pernah meninggalkan anda di dalam kesesatan tetapi menarik tangan anda untuk menikmati keindahan syurga bersama.


3. Rajin bekerja.

Wanita kini dilihat lebih berkerjaya dan bijak menghasilkan pendapatan sendiri. Dan lelaki pula, agak sukar kerana disebabkan beberapa faktor. Walaupun begitu, mereka tidak mahu seseorang wanita itu menanggung segala keperluannya serta lebih memilih untuk bekerja walaupun gajinya tidak seberapa.

4. Sabar.

Lelaki yang mempunyai sifat sabar ini semakin berkurangan. Kerana lelaki lebih mementingkan ego mereka berbanding cuba untuk bersabar dengan sikap pasangannya. Jika memperoleh seorang lelaki yang mempunyai sifat sabar yang tinggi adalah sangat beruntung dan pasti seorang wanita itu akan bahagia.

Wahai kaum wanita, jangan hanya memandang seseorang itu berdasarkan rupa dan penampilannya. Tetapi pandanglah mereka ini dengan keperibadian mereka yang tersendiri. Terutama dalam membimbing anda menuju ke arah kebaikan. Kerana lelaki seperti itu hanya seorang di dalam sesebuah kumpulan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen